BAB 39

85 3 0
                                    

         Laura menepuk-nepuk Qaleef yag sudah dibuai mimpi. Jam dinding menunjukkan sebelas malam. Laura mengerling Tawfeeq yang baru keluar dari tandas, mengambil wudhuk sebelum tidur. Tawfeeq memanjat katil. Direnung Qaleef yang tidur di antara dia dan Laura. Senyum tawar, tidak dapat memeluk isteri malam ni. Gerbang ditarik. Mengiring membelakangi Laura.

Terhenti tangan Laura dari menepuk Qaleef. Diam. Tahulah Tawfeeq sedang berjauh hati.

"Merajuk ke?" Laura bertanya dengan suara lunak. Cuba mengusik Tawfeeq.

"Kenapa pula?" Bersahaja Tawfeeq kalih menyoal kepada Laura.

"Yelah, tidur hujung katil?" Laura cuba mengusik lagi. Memang betul pun, selalunya Tawfeeq menghimpitnya. Langsung tidak lepas kalau Laura beralih jauh.

Tawfeeq mencebik, mengiring merenung wajah Laura. Laura teserlah dengan sifat keibuan. Masalahnya, sekarang dia cemburu. Laura turut merenung wajah Tawfeeq, dari wajah itu, Laura tahu Tawfeeq cemburu. Dia tidak pernah mendodoikan Tawfeeq seperti Tawfeeq lakukan kepadanya selalu.

"Sayang jelous ke?" keheningan pecah dengan soalan perangkap Laura.

Tawfeeq beralih memandang Qaleef.

"Nak cemburu pun dapat apa? budak kecik ni mesti menang juga kan." Tawfeeq menguis-nguis rambut Qaleef. Dia boleh buat apa? anak kecil ini bijak.

"Hurm, tapi kita boleh aje asingkan bilik dia. Qaleef senang jaga, tidur je bangun esok pagi. Dia tak jaga tengah malam. Tapi biasanya memang kena teman dia sampai tertidur, sebab sebelum tidur dia akan tanya macam-macam soalan. Kena layan sampai dia penat." Laura bercerita. Dari kecil Qaleef dia asuh, sudah faham fiil nya.

"Abang tak kata apa pun, kalau humairah selesa nak tidur dengan dia. Okay aje. Katil bukannya kecil." Tawfeeq menyedapkan hati Laura, dia tahu Laura serba salah.

"Sayang, nanti kalau kita ada baby, sayang kena bekorban macamni. Boleh ke?" kali ini Laura mengangkat kening, lama merenung mata redup suami menunggu jawapan.

"Betul lah tu." Tawfeeq tarik senyum, terbayang sekiranya mereka memiliki cahaya mata nanti. Patutkah dia cemburu seperti sekarang?

Secara tiba-tiba, tawa kecil mereka lepas. Terhibur membayangkan kalau Tawfeeq cemburu dengan anak sendiri nanti. Fikiran mereka sama, mesti Laura cubit Tawfeeq sebab mengada merajuk.


.....


         Tawfeeq berjalan laju menuju ke keretanya di tempat parking, dia berjanji mahu mengambil Qaleef di rumah kucing. Laura sudah memaklumkan habis kucing dibuli Qaleef. Laura pesan juga untuk Tawfeeq singgah ke kedai membeli ais kream untuk Qaleef, jika tidak dia tidak mahu pulang ikut Pakcu! Tawfeeq geleng kepala. Pintu dibuka, belum sempat kaki melangkah masuk,Khairul menerjah.

"Weah, kau singgah rumah kucing tak?" Khairul bertanya dalam keadaan semput. Dada naik turun, kepenatan.

"Kau dah kenapa?Aku singgah. Ambil anak buah aku."

"Nak ikut, harini aku tak bawa kereta aku. Tumpang Hazriq tadi." Tanpa menunggu jawapan, Khairul meluru ke pintu penumpang hadapan. Masuk ke perut kereta.

"Hurm, tak payah cakap kau dah masuk." Tawfeeq menjeling Khairul.

Sesampai di hadapan rumah kucing, Qaleef berlari-lari ke arah kereta. Pintu kereta penumpang di buka. Tersentak Khairul.

"Hey, you ni sape? Makcu, Pakcu ge.." Belum sempat Qaleef menghabiskan kata, Laura menekup mulutnya. Senyum kesal kepada Khairul yang kejung di dalam kereta. Khairul keluar turun kereta, jelir lidah kepada Qaleef. Qaleef yang melihat terdiam.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now