BAB 58

153 5 1
                                    

          Laura melihat sekeliling, hanya warna putih. Dia melihat tiga susuk tubuh yang dia kenal. Dari jauh dia memanggil.

"Ibu! Ayah! Angah! Adik dekat sini." Laura berlari-lari kearah mereka, tetapi jarak seakan tidak menyatu. Cuma Angah yang kelihatan mendekatinya.

"Angah, adik rindu Angah." Laura melompat dalam pelukan Luthfi.

Luthfi mencium puncak kepala Laura.

"Adik, adik kena kuat. Angah minta maaf sebab Angah adik terluka seperti ini. Angah minta maaf sebab Angah tak tunaikan janji Angah untuk jaga adik. Tetapi adik dah ada Tawfeeq untuk jaga adik. Tolong hidup, jangan sia-siakan dia." Luthfi berpesan dengan senyuman manis. Riaksi abang yang suatu ketika dahulu menjadi penawar bagi setiap rajuknya. Wajah seoarang abang yang paling melayani sifat manjanya.

"Angah, adik nak ikut Angah, adik nak ikut Ibu dengan Ayah." Laura menangis, melihat orang tuanya yang jauh dibelakang Luthfi.

"Adik, adik perlu besyukur Allah turunkan lelaki sebaik Tawfeeq untuk terima adik seadanya. Allah beri peluang untuk adik hidup, bina bahagia dengan dia. Dia suami adik, syurga adik. Adik kena pulih, hargai dia adik. Angah minta maaf lagi sekali." Luthfi melepaskan pelukan Laura. Dia berlari meninggalkan Laura yang masih kaku disitu. Luthfi pergi kearah orang tua mereka yang sedag tersenyum kepada Laura.

"Adik dah lama maafkan Angah.." Perlahan Laura meluah. Tangan masih terbuka, belum puas memeluk arwah.






"Hiks..hikss.."

Tawfeeq terjaga, suara seseorang yang menangis mengejutkan kan nya dari tidur yang tidak lena. Tawfeeq angkat wajah, genggaman tangan nya bersambut! Mata meluas, melihat Laura sedang celik merenung siling.

"Humairah, humairah dah sedar ke?" Gembira yang teramat, Tawfeeq menitiskan air mata. Butang di dinding ditekan. Dahi Laura dicium lama, bersyukur Laura sudah sedar.

Tangan Laura naik ke pangkal lengan Tawfeeq, mulut terbuka mahu mengucapkan sesuatu. Tawfeeq mendekatkan telinga ke mulut Laura. Bantuan penafasan yang sudah bertukar kepada topeng muka dibuka sedikit.

"Tawfeeq.. saya cintakan awak." Perlahan ungkapan itu terucap.

Terkedu dengan pengakuan itu, Tawfeeq tersenyum dalam tangis. Bersyukur, Laura benar-benar pulih. Sekali lagi dia mencium dahi Laura sebelum doktor dan beberapa jururawat menyerbu.







                  Allif mencabut rumput liar. Disusun batu-batu diatas pusara. Rumput karpet yang ditanam dibelek. Lalu disiram. Sangat catik pusara itu dijaga. Air mata disapu kesat, batu nisan disentuh. Nama yang tertulis direnung lama. Dia rindukan kakak nya.

"Kak, adik rindu kakak.." Lirih suaranya. Jari menyentuh kedua-dua mata. Ketika dia sedang menangis, terdengar derap kaki di belakang sedang menjauh.

Allif menoleh. Seorang perempuan dengan jubah hitam, berselendang satin hitam sedang melangkah pergi.

"Tunggu!" Keras suara Alif.

Terhenti langkah perempuan itu.

Allif bangun, dia melihat perempuan itu atas bawah. Mengapa dia rasakan dia kenal siapa perempuan itu?

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now