BAB 28

104 2 0
                                    

         Laura menyisir rambut dihadapan cermin, melihat Tawfeeq sedang menyaruk kemeja ke tubuh. Tawfeeq tertangkap lirikan mata Laura dari dalam cermin. Lekas di mendekati Laura. Laura cepat-cepat meletakkan sikat, mahu keluar dari bilik yang dirasakan sangat janggal. Tangan mahu mencapai tombol. Namun Tawfeeq lebih cekap , butang tombol pintu ditekan. Tubuh Laura dikunci disitu. 

"Urmm..." Laura mengeluarkan rengekan, dia malu sekarang. Tangan naik menolak dada Tawfeeq. Namun kekuatan wanitanya tidak berdaya, Tawfeeq mengeraskan tubuhnya.

Laura yang kaget dan malu dengan keadaan itu memejam mata rapat. Tawfeeq merenung lama segenap wajah milik isterinya. Seperti kali pertama, dia jatuh cinta dengan wajah itu.

"Perempuan depan saya ni yang pernah langgar saya, dan orang pertama yang sentuh dada saya macam ni." Tawfeeq menyentuh kedua tangan Laura yang melekap di dadanya.

Pelahan-pelahan Laura membuka mata. Direnung ke dalam mata redup Tawfeeq. Jantung yang melaju semakin perlahan. Sepasang mata itu, membuatnya hanyut seketika.

"Dan dari pertemuan itu, rusuk kiri saya menemui satu rusuk lagi milik nya yang ada pada awak.. Dan dia tahu, dia sudah jatuh cinta kepada gadis itu.." Jari Tawfeeq naik membelai rambut Laura, lalu diselitkan kebelakang telinga. Pandangan hangat menaut renungan Laura.

"Sejak itu, fikiran dia hanya dipenuhi dengan gadis itu. Sehinggalah dia merayu kepada Allah. Semoga diizinkan untuk dia memiliki gadis itu, dan gadis itu adalah awak, humairah sayang.." Lembut suara menyentuh pendengaran Laura.

Redup renungan Laura. Hati nya tersentuh dengan pengakuan itu walaupun dia sudah tahu. Tetapi jika ia didengar, mana mungkin jiwa nya tidak bergetar.

Tawfeeq mengusap pipi gebu Laura, wajah didekatkan. Lembut bibir Laura dimamahnya.

Mata dipejam rapat. Perasaan hangat menjengah seketika, namun perasaan gugup juga merampas detik itu. Laura mengeras, dia tidak boleh bergerak. Tidak tahu bagaimana harus menolak. Lama seketika, dia sesak dada. Sehinggala di memijak keras kaki Tawfeeq.

"Argh! Aduh! Aduh! Sakit!" Melompat-lompat Tawfeeq memegang satu kaki, pedih jari ibu kaki.

Laura tercengang, menekup mulut. Hendak melawan tetapi rasa mahu ketawa. Dia bergegas menyentuh Kaki Tawfeeq yang kini duduk di birai katil. 

"Argh.. sakit sangat ke?" Diusap-usap lembut kaki Tawfeeq.

Tawfeeq tayang muka nyeri. "Sakit lah, tanya lagi.."

Laura tayang barisan gigi.

"Fuohh, fuoh." Laura meniup-niup kaki Tawfeeq, mata melirik mata Tawfeeq yang sedang menahan pedih. 

'Aih. Jangan pedih lama sangat, syurga aku ni'. Digesek-gesek lengan baju pada kaki Tawfeeq, dia turut nyeri melihat wajah Tawfeeq yang berkerut seribu.

'Tak baik la Laura, suami kau ni. Hmm' Bibir digigit, cuba menahan tawa. Mengingatkan kembali gaya Tawfeeq melompat dan berpusing tadi. Gali hati, kalaulah dia dapat rakam.. boleh tunjuk kepada anak-anak nanti.

Tawfeeq jeling Laura. 'Tak padan kaki kecik, sekali dia pijak, tercabut nyawa. Semput lagi melompat pusing-pusing entah berapa kali tadi' Tangan disandar kebelakang. Menopang tubuh.

Laura bangun duduk di katil, dipakaikan setiap butang kemeja Tawfeeq. Mata melirik Tawfeeq sekejap. Tahu dia tidak akan dimarahi, dia masih menahan tawa. Tawfeeq menjeling, dia masih tidak puas hati. Laura tunduk, bimbang terlepas tawa.

'Ish merajuk lah tu.' Bebel hati Laura.

























          Aathif mengangkat telefon bimbit. Wajah senyum kelat. Perlu persiapkan diri mendengar meriam menembak bertubi-ubi.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now