BAB 41

91 2 0
                                    

            Laura meluru masuk ke bilik Huda yang tidak berkunci. Dilihat Huda dan seorang lelaki sedang mengikat rambut Huda tersetak melihat nya. Laura terus meluru ke arah lelaki itu. Ditolak sehingga jatuh ke katil.

"Laura, wait!" Huda bangun menjerit. Turut naik ke katil mahu meleraikan pergelutan itu.

"Laura!" Laung Tawfeeq.

Laura tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Dia naik ke tubuh lelaki itu, lehernya di cekik semaunya. Tawfeeq segera meluru ke arah Laura yang sudah hilang kawalan.

"Humairah, lepaskan dia!" Marah Tawfeeq. Panik, kekuatan Laura luar biasa.

Hazriq yang dicekik sudah naik biru. Hazriq menarik rambut Tawfeeq disisinya. Huda masih berusaha, ditampar dan dicubit tangan Laura agar melepaskan Hazriq.

"Aku benci perogol! aku benci perogol!" Kuat suara Laura melaung.

"Tapi dia bukan perogol, dia abang aku!" Huda menjerit ke muka Laura. 

Terhenti cengkaman tangan Laura, Tawfeeq yang bergelut dengan Laura turut mengangkat wajah.

Hazriq terbatuk-batuk, menolak Laura sehingga terhantuk Tawfeeq, menghasilkan bunyi yang kuat. Setelah mengaduh mereka kembali memandang Huda dan Hazriq silih berganti, tersedar wajah mereka hampir seiras. Huda meluru memeluk Hazriq dengan penuh risau.

"Abang, abang okay ke?"Cemas Huda membelek-belek tubuh dan wajah Hazriq. Laura dan Tawfeeq kelip-kelip memandang mereka berdua. Ini taktik ke?

"Aku minta maaf Laura. Tawfeeq, kami sebenarnya adik beradik kembar." Huda memegang kedua tangan Laura, diusap penuh kesal.

"Laura, kau ada sakit jantung ke?.. Ya Allah, nasib baik panjang umur aku." Dalam semput Hazriq terduduk lemah di kepala katil. Leher diusap kedua-dua tangan.

"Laura minta maaf, Laura minta maaf." Mengelentar kedua-dua tangan Laura. Air mata mengalir laju. Telapak tangan dibuka. Laura merenung kedua-dua tangannya.

'Aku hampir bunuh orang'

Tawfeeq yang sedar keadaan itu terus mendakap Laura. Dia tidak mahu menyoal tentang Hazriq dah Huda sekarang.

Akhirnya Laura menghamburkan tangis di dalam dakapan Tawfeeq. Huda pula tidak hanya melihat. Dia mengosok-gosok belakang Laura. Dia sudah tahu masalah Laura, hari ini dia akan melakukan perkara yang sama, memujuk Laura.

"Tawfeeq, bawalah Laura masuk bilik tengah tu."Huda memberi cadangan, dia tidak mahu Laura pulang dalam keadaan begini. Tentu Laura rasa bersalah.

"Hazriq, tolong angkat Qaleef masuk bilik." Bergetar mata Tawfeeq mengharapkan Hazriq mengerti.

Hazriq terkedu, Tawfeeq mahu menangis kah? tidak banyak soal, dalam keadaan tidak cukup nafas Hazriq menurut.

Tawfeeq mendukung Laura yang seperti mahu pengsan masuk ke bilik. Pintu dibuka luas oleh Huda. Huda keluar turun ke bawah, tidak lama kemudian dia datang bersama segelar air kosong. Tawfeeq menggenggam kedua-dua tangan Laura yang sejuk, masih menggelentar hebat.

"Laura ada simpan ubat dia dekat sini. Biar Huda ambil" Laci meja riasan di bilik itu dibuka. Dikeluarkan sekotak ubat milik Laura. Laura pernah memberi tahu, jika dia mengalami masalah diluar kawalan, dia meminta Huda untuk memberi dia ubat itu.

Tawfeeq menghulurkan ubat itu kepada Laura, Laura yang separuh sedar hanya mengambil lalu menelannya. Air dibacakan selawat sebelum di beri minum kepada Laura. Huda mengambil semula gelas air itu. Tawfeeq baring mengiring, dibawa Laura kedalam dakapan. Seperti biasa dia akan menenangkan Laura.

"Tawfeeq, Qaleef tidur dengan aku lah." Hazriq memaklumkan. Masih keliru melihat keadaan Laura dan Tawfeeq yang seperti sedang menghadapi masalah berat. Dia jadi serba salah, fikirnya tidak memarahi Laura pun. Huda bergegas keluar, pintu bilik ditutup perlahan.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now