NOTE 3

141 2 0
                                    

DEFINISI SEKSUALITI

Seksualiti meliputi perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku dan hubungan seksual seorang wanita atau lelaki.

HAK SEKSUALITI

Anda mempunyai hak seksualiti untuk:

Berasa bahawa tubuh badan anda adalah dalam kawalan anda.

Memahami dan meluahkan perasaan anda

Memilih bagaimana untuk mempamerkan seksualiti anda sambil menghormati diri sendiri dan orang lain.

Memilih untuk mengadakan hubungan dengan seseorang dan menentukan jenis hubungan tersebut.

SEKS RAMBANG (GANG BANG)

Mempunyai pasangan seks yang melebihi seorang pada satu masa tanpa mempunyai hubungan emosi yang intim.

SEKS BERBILANG PASANGAN

Mempunyai sejarah ramai pasangan seks dan mempunyai hubungan emosi yang intim dengan setiap pasangan tersebut.

SIBER SEKS (CYBERSEX)

Aktiviti seks yang berdasarkan bahan atau komunikasi internet tanpa perhubungan fizikal.

PORNOGRAFI

Bahan lucah visual / audio.

APA ITU ROGOL ?

Rogol berlaku apabila seseorang dipaksa melakukan hubungan seks tanpa kerelaan,juga boleh berlaku secara paksaan, ugutan atau pujuk rayu. Perogol boleh dihukum sekiranya disabit kesalahan dibawah Kanun Tatacara Jenayah Seksyen 375 & 376.

ROGOL BAWAH UMUR

Hubungan Seksual dengan gadis di bawah umur 16 tahun adalah salah disisi undang-undang dengan atau dengan atau tanpa kerelaan gadis tersebut.

KESAN ROGOL
-Kesan Emosi
-Takut
-Bimbang
-Rendah diri
-Hilang keyakinan diri dan sebagainya
-Kesan Fizikal
-Kehamilan
-Penyakit jangkitan seksual
-Kecederaan dan sebagainya
-Kesan Sosial
-Dipandang serong oleh masyarakat
-Disisih oleh ahli keluarga

FAKTA & MITOS

MINTOS :
Rogol berlaku di tempat gelab dan sunyi.

FAKTA :
Rogol juga berlaku di tempat selamat seperti dalam rumah, sekolah dan tempat kerja


MINTOS :
Hanya wanita selalunya menjadi mangsa rogol.

FAKTA :
Terdapat kes di mana lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki dirogol


MINTOS :
Lelaki tidak boleh mengawal nafsu.

FAKTA :
Setiap orang boleh dan mampu mengawal nafsu masing-masing


MINTOS :
Wanita yang berpakaian seksi atau'gatal' menyebabkan dia dirogol.

FAKTA :
Wanita yang berpakaian sopan, kanak-kanak dan warga emas juga menjadi mangsa jenayah rogol.


MINTOS :
Rogol adalah seks.

FAKTA :
Rogol bukan seks. Ianya adalah satu keganansan dan pencabulan hak ke atas tubuh mangsa.


MINTOS :
Kebanyakan kes rogol dilakukan oleh orang yang tidak dikenali.

FAKTA :
Kajian menunjukkan kebanyakan kes yang dilaporkan menunjukkan perogol adalah orang yang dikenali mangsa seperti ahli keluarga, teman lelaki dan jiran.


MINTOS :
Jika mangsa tidak menjerit atau melawan, ianya bukan rogol.

FAKTA :
Mangsa mungkin tidak menjerit atau melawan kerana kaku akibat ketakutan yang melampau terhadap apa yang sedang berlaku atau takut akan lebih dikasari jika mereka melawan atau menjerit.

SEKIRANYA ANDA MANGSA ROGOL : APA TINDAKAN PATUT DILAKUKAN

-Jangan salahkan diri
GDapatkan bantuan dengan segera (hospital atau balai polis)
-Lakukan pemeriksaan perubatan secepat mungkin (dalam tempoh 48 jam) kerana penting untuk mendapatkan bukti terhadap progol.
-Dapatkan bantuan profesional untuk menghadapi gangguan emosi, keselamatan dan kesihatan anda.

SEKIRANYA ANAK ANDA MENJADI MANGSA

-Bertenang
-Jangan salahkan anak anda
-Bawa anak anda ke balai polis untuk aduan dan hospital untuk pemeriksaan kesihatan
-Memberi bimbingan dan sokongan kepada anak anda untuk menghadapi masa mendatang
-Dapatkan khidmat nasihat

TIPS ELAKAN MENJADI MANGSA

-Elakkan bersendirian di tempat gelap dan sunyi.
-Jauhi orang atau kenderaan yang mencurigakan.
-Jika rasa terancam segera pergi ke tempat yang selamat.
-Jauhi alkohol atau dadah ketika bersosial/berpacaran
-Sentiasa beritahu keluarga di mana anda berada dan dengan siapa.
-Berjalan dalam kumpulan.
-Jangan mudah terpedaya dengan pujukan.
-Bawa wisel, payung atau pepper spray untuk membela diri.
-Berhati-hati apabila menerima makanan atau minuman.
-Elakkan ajakan orang yang tidak dikenali.

JERIT !! TENDANG !! LARI!!

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now