BAB 33

85 3 0
                                    

           Selesai ujian terakhir untuk semester ini, perlajar berarak keluar dari dewan kuliah dengan sorakan riang. Ada yang bergegas turun ke tempat letak kenderaan untuk segera pulang, ada yang berbual-bual bercakap tentang makan tengah hari lalu bergerak ke cafe. Tawfeeq dan rakan-rakan mahu keluar makan di restoran untuk meraikan kemerdekaan mereka. Laura dan Huda yang menunggu di meja batu di laman falkuti datang mendekati mereka. Mereka juga baru selesai paper terakhir di bilik kuliah. Walaupun berbeza semester, mereka mengambil paper dalam bilik kuliah yang sama. 

Laura mendekati Tawfeeq, disalami tangan suami nya. Lalu mereka jalan beriringan di hadapan.

"Hurm, tiba-tiba rasa nak berjalan pejam mata." Afsar memejam mata kejap seketika. Dia berjalan memotong Tawfeeq dan Laura dihadapan.

"Pejam la, orang turun pakai tangga, kau turun gelongsor ke bawah." Hazriq sengaja membuat gaduh.

Mereka beriring turun ke tempat parkin. Dua buah kereta di naiki, milik Khairul dan milik Tawfeeq.

Di restoran, mereka memilih untuk makan makanan berhidang. Set makanan siam. Suasana ceria, mereka berbual dan menjamah makanan dengan gembira.

Tetapi Tawfeeq tidak senang hati. Melihatkan Laura yang sedang lalu menjamah nasi, dia pun terus makan seperti tiada apa. Walaupun di sisi lain dia sedar sepasang mata sedang memerhati dia dan Laura.

Arash yang duduk dihadapan Tawfeeq turut menyedari keadaan itu, kalih memandang susuk lelaki dengan sweater hitam dan bertopeng muka. Hanya segelas air yang dipesan, benar-benar mecurigakan. Arash tahu lelaki itu sedang memerhati Tawfeeq dan Laura. Dia sudah lama sedar kehadiran lelaki itu sejak lama lagi ketika mereka keluar bersama, hanya berlaku jika Tawfeeq ada.

Arash merenung kedalam mata Tawfeeq, Tawfeeq yang menangkap maksud pandangan Arash, mereka saling merenung. Mesej disampaikan melalui komunikasi mata. 

Selesai makan, Tawfeeq memberi kunci kepada Laura untuk menghidupkan kereta.

Dia berundur kebelakang ke arah Arash. Tawfeeq melagakan tapak tangan nya kepada Arash.

Lelaki yang sedang tunduk di meja makan tadi, Arash tepuk bahu kirinya. Memberi isyarat untuk mengikuti mereka. Lelaki itu senyum senget, menjeling Tawfeeq di sebelah. Dia bangun mengikut Tawfeeq dan Arash ke belakang blok deretan kedai. 

Sejurus langkah kaki membawa mereka jauh dari ramai orang, Arash kalih menolak lelaki itu ke dinding. Siku menahan leher lelaki itu, mengunci tubuh nya di dinding. Tawfeeq memasukkan kedua tangan ke dalam poket, rahang diketap kuat. Topi cap dan topeng muka lelaki itu dibuang ke bawah. Lelaki itu tersenyum sinis, puas Tawfeeq sudah melihat wajahnya.

"Jadi kau yang ganggu aku dengan Laura? Apa tujuan kau sebenarnya?" Tegas Tawfeeq menyoal, direnung dalam mata jahat lelaki itu.

"Tawfeeq, you look so naive. Aku datang dengan tujuan untuk ambil semula milik aku." Dihujung bicaranya Ajai ketawa kecil, terhibur dengan kata-kata sendiri.

"Seingat aku, aku berkahwin dengan anak dara, bukan janda atau bukan isteri orang. Jadi dimana logiknya dia pernah jadi milik kau?" Tawfeeq mendekati lelaki itu, mata melirik Arash supaya menurunkan siku dari leher lelaki it.

"HAHAAHAHAH.. anak dara? Are you sure Tawfeeq? Aku dah rasa bro, the fact that your wife is no longer a virgin." Dengan yakin Ajai mengeluarkan kata.

Bagai disambar petir, remuk hati Tawfeeq mendengar ayat itu walaupun dia tahu itu kemungkinannya. Dia terima Laura seadanya, tapi dia tidak sanggup mendengar dari mulut sesiapa.

Arash disisi tersentak. Tangan naik menolak lelaki itu menempel ke dinding, buku lima diangkat.

"Jangan pukul dia Ash, aku taknak dia tersasul nanti." Tawfeeq berkata tanpa mata lepas dari mencerlung lelaki itu.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now