BAB 45

102 3 0
                                    

          Tawfeeq mendukung Laura, pintu bilik dibuka seluasnya. Laura meronta-ronta, langsung Tawfeeq tidak hiraukan. Dibawa tubuh Laura ke atas katil. Tudung saruk Laura dibuka. Baju blous Laura dikoyak cekap. Segala pakaian dia tanggalkan. Laura yang menangis meraung tidak dia peduli. Dia mahu membersihkan Laura.

"Lepas kan aku! jangan pukul aku!" Laura meraung, kali ini berjaya menghentikan pergerakan Tawfeeq.

"Lepaskan aku! aku merayu!" Sekali lagi Laura merintih, suara yang sudah pecah itu masih mampu difahami Tawfeeq.

Tawfeeq bediri mejauhi Laura. Dipandang perilaku Laura, Laura mengengsot ke penjuru katil. Dia ketakutan. Kaki dibawa ke dada. Seperti orang gila. Dia menangis di situ. Tunduk menyembunyikan wajah.

Tawfeeq mengeras. Dia memandang kedua terlapak tangannya yang menggigil. Laura sangka dia memukul Laura. Tak! Tawfeeq tidak akan cederakan Laura. Tawfeeq melabuhkan punggung di birai katil. Dia lemah sekarang. Laura sudah takut kepadanya.

"Jangan pukul aku! Hiks.." Rintih Laura, suaranya tenggelam timbul.

Tawfeeq menekup wajah. Tangis dilepas semaunya. Betul kah Laura ditindas seperti itu? Dalam hati mengucap panjang, memohon doa yang tidak sudah. 

"Humairah.." Lemah suara Tawfeeq memanggil. Perlahan Tawfeeq merangkak mendekati Laura yang takut-takut.

Tawfeeq menyebak rambut panjang Laura yang menutupi separuh wajah nya ke belakang telinga.

"Laura takut. Dia ada dekat sini. Shh, dia ada kat sini." Laura melilau-lilau sekeling.

Tawfeeq semakin sayu. Laura...mengapa separah ini?

"Humairah, tak ada sesiapa. Cuma kita sahaja. Abang aje yang ada. I'm your husband. Mengucap sayang." Tawfeeq memujuk lembut. Perlahan-lahan Laura mendekati Tawfeeq. Lalu menangis lagi di dalam dakapan suaminya, dia tidak dapat menilai yang mana realiti dan ilusi. Semua memori gelab kembali terimbas seperti nyata.

Sehingga tangisan Laura reda. Tawfeeq memujuk Laura untuk mandi. Dan akhirnya Laura menurut. Laura diberi minum nestume sebelum menelan ubat. Kemudian Tawfeeq menidurkan Laura seperti biasa. Solat magrib sudah terlepas, dia akan qada nanti. 










        Keadaan rumah tegang. Ummi tidak berhenti menangis. Daniah disisi setia memujuk.

"Kenapa awak bertindak macam ni dengan anak menantu kita! Tergamak awak hina menantu kita, hukum dia macam dia bukan manusia." Kecewa Haji Dr. Daniel, Khairul telah menceritakan semua kepadanya. Dia pun baru tahu dari cerita Khairul. Ya, dia kesal dengan nasib Laura. Tetapi itu kisah silam nya, untuk apa dia mempersoalkan. Laura yang dia kenal adalah perempuan yang baik.

"Abang tak faham. Saya ibu dia, mestilah saya nak anak saya kawin dengan perempuan yang baik, yang masa dara." Hajah Tania tidak mahu kalah. Mengapa suaminya membela menantunya itu.

"Awak siapa nak tentukan dia baik atau tak? Selama ini dia jadi menantu awak yang baik. Yang awak nampak tu perkara lepas. Aib dia, dosa dia yang kita tak berhak untuk jatuhkan hukum. Kita tak tahu cerita sebenar disebalik video tu entah betul Laura atau tidak, entah itu cuma cerita buruk untuk menjatuhkan dia atau hanya fitnah. Kenapa awak cepat berubah Tania? Puas ke awak tengok keluarga kita berpecah belah macam ini?" Marah Haji Dr Daniel lagi.

"Yang Abi nak bela menantu Abi tu kenapa ? Tadi pun dia tak cakap pun itu bukan dia. Maksudnya itu memang dia. Abi tak malu ke orang jaja menantu Abi tu pelacur, murah."Lantang suara Daniah. Tidak faham dengan ayahnya yang langsung tidak terpukul dengan keburukan Laura.

"Daniah! jaga mulut awak tu. awak pun perempuan kan? awak pernah ada dekat tempat dia? macam mana kalau Laura mangsa? awak nak salahkan dia?" Luruh jantung Haji Dr. Daniel, anak perempuan yang ini terlalu lancang.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now