BAB 9

142 6 2
                                    

       Seperti yang dirancang, pada hujung minggu majlis pertunangan mereka berlangsung. Laura memakai baju kebarung putih kekuningan, sewarna dengan selendang sulam. Kain lace putih menambahkan lagi seri wajahnya. Khadijah yang memilih tema klasik moden. Rumah papan yang dulu berwarna coklat pudar, kini dicat coklat gelab. Luqman diam-diam merancang untuk mengubah kesemua dekor rumah. Dia kata, ini peluangnya untuk menyerlahkan bakat. Laura kagum, semua perancangan berjalan lancar. Hantaran pula serba merah dan putih. Indah dihiasi bunga mawar merah dan bunga baby breath. Tema warna dari pihak lelaki pula warna cream, warna kegemaran Tawfeeq. Awal-awal semasa di pasaraya dulu Tawfeeq tanyakan pendapat Laura. Hari ini juga dia memakai sepasang baju melayu berwarna putih. Secara kebetulan, mereka serasi. Pelamin ringkas yang dipesan Khadijah sungguh cantik. Bangku rotan, tikar kayu, dihias bunga merah, putih dan kuning, menaik kan lagi seri.

"Meh Laura.." Hajah Tania menghulurkan tangan.

Laura meletakkan tangan ke atas huluran Hajah Tania. Dengan lemah lembut cincin belah rotan yang Tawfeeq pilih dulu disaruk pada jari Laura. Sambil memandang lensa kamera jurukamera yang diupah Khadijah. Setelah beberapa keping gambar diambil, Laura kucup tangan Hajah Tania. Mereka lagakan pipi. Hajah memeluk Laura dan mengucapkan terima kasih. Laura senyum, rasa bertuah. Tetapi yang lebih membahagiakan apabila Laura dapat merasakan kasih sayang seorang ibu lagi.

Kemudian mereka bersesi suafoto. Tawfeeq duduk di sebelah. Laura membetulkan duduk. Bangku yang kecil menyebabkan jarak mereka agak dekat. Laura cuba berlagak tenang. Haruman Tawfeeq yang sama sejak mula dulu, menusuk rongga hidungnya. Sungguh terimbau kenangan ketika pertama kali mereka bertemu.

"Laura, okay ke Tawfeeq duduk macamni?" Tawfeeq yang sedar dengan ketidakselesaan Laura, jadi serba salah. Haih kenapa bangku nya kecil. Dia pun tidak biasa duduk serapat ini dengan Laura. Ops, dalam babak lepas itu tanpa sengaja.

Jurukamera yang bersiap menurunkan arahan untuk Laura dan Tawfeeq membetulkan tubuh. Laura yang seperti canggung, Tawfeeq seperti dipaksa duduk. Mereka berdua berpandangan, tak sedar sekeping gambar diambil. Orang-orang mula ketawa, mereka benar-benar kelihatan sangat kekok. Mereka tersenyum kecil, sungguh situasi ini canggung.

Selepas itu, Luqman mengatur majlis makan-makan bersama saudara-mara dan beberapa jiran terdekat. Keluarga Tawfeeq yang sudah pun menjamah juadah, sudah berangkat pulang. Lega, Laura bersyukur orang kampung tidak lagi bercakap-cakap tentang kejadian lalu. Bersyukur, urusan mereka dipermudah. Luqman bercerita, duit-duit untuk persiapan yang banyak ini semua simpananya untuk Laura. Luqman memang bekerja kuat untuk membesarkan Laura sehingga membina haluan hidup sendiri. Luqman juga berkata dia benar-benar lega. Tidak lama lagi Laura akan mempunyai keluarga sendiri. Dia tidak perlu risau lagi kalau Laura berjauhan dengan nya, dan yang pasti Laura mendapat teman untuk mendengar cerita. Luqman tahu, sejak kematian arwah Luthfi, Laura hilang tempat untuk bermanja.

Selesai majlis, Laura duduk di tangga rumah. Dia merenung ke hadapan. Tidak dapat membayangkan, entah apa yang Tuhan rancangkan dalam hidupnya. Yang pasti, sesuatu kejutan yang tidak pernah terjangka untuk dia disunting pada usia muda. Laura termangu mengenangkan Aathif, dia tidak hadir majlis hari ini. Tetapi sepucuk surat dikirim.

'Sofia, tahniah untuk pertunangan kau. Aku bahagia tengok kau bahagia. Harap, kau tak lupakan aku.' - Aathif

Pesan ringkas, tapi cukup untuk Laura faham isi nya.

"Sofia, cantiknya kau.. Aku minta maaf sebab tak datang Sofia. Aku sakit sebenarnya, tapi aku tak boleh berkata apa. Cukupla aku tengok kau dari sini." Aathif yang berdiri di sebalik pokok besar yang tidak jauh dari rumah Laura. Mengintai Laura yang duduk di tangga rumah. Dia perlu sembunyi, dia takut dia lemah.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now