BAB 56

150 4 2
                                    

                Tawfeeq masih termenung, pusara dihadapannya dipandang kosong. Orang ramai beransur pulang. Dentuman guruh dia abaikan. Along dan Kaklong juga sudah meninggalkan tanah perkuburan, mereka juga tidak dapat menahan sebak. Arash dan yang lain berdiri di tepi pokok, sayu melihat Tawfeeq yang diam sejak kejadian lalu. Tawfeeq sering menangis seorang diri, dihadapan orang dia diam menyembunyikan tangis.

"Ash, dah nak hujan ni. Kita kena pujuk dia." Afsar memujuk. Mereka sejujurnya tidak berani berkata apa kepada Tawfeeq. Tawfeeq tentu bersedih sekarang, bimbang jika mereka akan tersalah kata.

Hazriq memeluk tikar getah. Wajahnya sudah memerah kerana tidak berhenti menangis, hatinya turut sedih mengenangkan nasib Tawfeeq. Mereka semua bersedih. Selepas kejadian itu, mereka semua berada bersama Tawfeeq, sepanjang pengurusan jenazah juga mereka berada bersama Tawfeeq.

 Tawfeeq memandang lesu kearah batu nisan, dipegang lama. Air mata kembali menitis.

"Abang minta maaf humairah, abang terlambat untuk betulkan semua." Air mata melimpah jatuh ke tanah kubur. Yasin didalam tangan dilepas keriba. Dia sapu air mata. Songkok dibetulkan, tangan kedua-dua naik menekup wajah. Dia tidak dapat menyimpan sedikit pun kesedihannya.

Arash datang mengambil duduk disisi Tawfeeq. 

"Aku gagal Ash? Aku dah janji, tapi begini akhirnya.." Tawfeeq merintih. Matanya merah, puas dia menangis tetapi belum puas hatinya bersedih. Malah beban dihati semakin memberat.

Arash menarik Tawfeeq kedalam pelukannya. Digosok belakang tubuh Tawfeeq. Rakan-rakan yang lain turut datang mendekati mereka. Dentuman guruh semakin kuat. Hujan renyai mulai turun.

"Tawfeeq, kita kena gerak sekarang. Hujan nak lebat dah ni. Kita orang semua sayang kau Tawfeeq. Kau tak boleh sakit Tawfeeq." Khairul memujuk lembut. Air mata ditahan dari mengalir.

Setelah tangisan Tawfeeq reda, mereka bangun meninggalkan kawasan perkuburan. Ketika sedang mendekati kereta. Seseorang datang menyapa Tawfeeq.

"Tawfeeq." Aliff menyalami Tawfeeq penuh sopan, lalu ditarik Tawfeeq kedalam pelukannya.

"Salam Takziah abang dengan keluarga." Aliff memandang Tawfeeq simpati. Turut berduka dengan apa yang telah berlaku.

Tawfeeq hanya membalas dengan anggukan.

"Along dengan kaklong dah balik ke?" Aliff menyoal sambil kepala menjengah kedalam kereta Tawfeeq. Mereka yang lain tidak dihiraukan.

"Diorang dah balik, Aliff datang nak ziarah..?" Tawfeeq terhenti bicara, tidak sanggup rasa mahu menyebut nama arwah, sebak rasa hati.

"Haah, lepastu Aliff nak melawat kubur arwah kakak. Kak Aisyah." Aliff memberitahu, dia tahu Tawfeeq tidak tahu yang Aisyah Farha adalah kakaknya. Itulah yang dia berjanji dengan Laura, merahsiakan semuanya.

Tawfeeq terkedu, tidak menyangka Aliff ada hubungan yang sangat berkait dengan permainan Laura selama ini. Baru dia faham, tidak perlu Aliff bercerita lebih. Aliff pasti berdendam dengan arwah Ajai juga.







                   Huda membuka pintu rumah, wajah sang ayah yang tegang bediri di hadapan pintu dipandang bersalah. Hazriq, Khairul dan ibunya berubah diam.

"Papa.. urmm." Huda hilang kata, tidak menyangka ayah nya datang kemari.

Mata helang encik Huzair mencerlung memandang Puan Haiza di belakang.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now