BAB 50

126 3 0
                                    

Trigger Warning: Chapter ini mengandungi penderaan fizikal, aksi pembunuhan dan gangguan seksual. Pembaca tidak digalakkan membaca chapter ini sekiranya tidak kuat. Ambil nafas, sentuh dada,sama-sama kita berdoa semoga kita dilindungi dari perkara ini. Amin..

-P.Z-

Dalam layar putih, terpampang susuk gadis dirantai besi. Suara esakan tangis mendayu-dayu merayu. Mulut dikunci kain.

"Tahan sikit, aku ikat bukan ketat pun." satu suara lelaki seakan memujuk.

Terkesima, mereka bertiga dibelakang kaku berdiri. Afsar kejung di tempat duduknya.

Video lain dipapar, dilihat sekumpulan lelaki mendekati seorang gadis. Tangan dan kakinya diikat. Video yang tersebar di media saban hari, terdapat suara hilaian tawa lelaki bercampur sayup-sayup esakan tangis seorang perempuan. Bagaikan tidak mengerti, Tawfeeq dan yang lain hanya melihat tayangan itu. Terlintas satu nama dia kepala Tawfeeq, Aisyah..

"Tawfeeq, ini dah tak betul. Kita keluar jom." Khairul yang sudah menjatuhkan kamera menarik-narik lengan Tawfeeq. Gelisah, takut, tidak sanggup. Namun Tawfeeq mengeras.

"Haz, jom kita pergi." Khairul dan Hazriq melangkah mahu menuruni tangga. Tiba-tiba dihadapan mereka, satu papan siling jatuh kebawah tangga. Terpempang, mereka berundur kebelakang. Masing-masing sudah cemas. Hanya Tawfeeq yang memberi perhatian kepada layar putih itu.

Video tayangan bertukar kepada tangisan bayi. Menunjukan gambar darah yang mengalir dari kaki seorang gadis.

Afsar yang duduk di kerusi turun jatuh kebawah. Dia tidak boleh melihat darah, pening. Merangkak-rangkak dia mendekati Tawfeeq.

"Weah, darah. Allahuakhbar." Afsar menahan diri dari memuntahkan isi perut.

"Tawfeeq jom lah blah!" Hazriq menarik-narik bahu Tawfeeq.

Mata Tawfeeq berkaca. Suara hilaian tawa remaja perempuan bercampur tangis. Ditonton video yang memaparkan tangan-tangan ditoreh, penuh darah melimpah. Afsar dihadapan cuba berdiri. Pening, dia yang sudah lembik disambut Khairul.

"Aku tak boleh, darah." Mahu muntah, Afsar memeluk Khairul.

"Tawfeeq, jom turun." Hazriq masih menarik bahu Tawfeeq, kali ini lebih kasar. Tetapi Tawfeeq seakan tidak mendengar, seperti dipukau.

Khairul sudah kalut mengurut-ngurut belakang Afsar yang hendak muntah. Hazriq pula bagaikan cacing kepanasan melihat keadaan Tawfeeq. Hilaian tawa semakin kuat, berdesing pendengaran mereka. Masing-masing menutup telinga, hanya Tawfeeq yang bersahaja.

"Itu Laura ke?" Tawfeeq menyoal datar.

Audio layaran diperlahankan. Seolah-olah seseorang memerhatikan mereka, tahu Tawfeeq bersuara.

Terkedu mereka mendengar soalan Tawfeeq. Terlepas pelukan Khairul pada tubuh Afsar, Afsar dibiarkan jatuh. Dia sudah pengsan.

"Aku tanya tu Laura ke!" Tawfeeq meraung, layar putih terpadam, seketika menyala kembali.

Terdengar suara lelaki. AI audio!

"Kalau itu dia, apa jadi lepas ni?" Suara itu menyoal.

"Kau nak apa setan?, siapa kau?!" Tawfeeq menyoal keras. Layar yang gelab menyala kembali memaparkan sebuah rumah kosong. Rumah yang Tawfeeq pernah lihat di kawasan kampung Laura. Apa semua ini?

"Aku bukan sesiapa, tetapi aku berdendam Tawfeeq. Kau tak layak dapat Laura. HAHHAHAH." Ketawa besar yang penuh aura gelab. Yang lain hanya diam, jantung masing-masing bekerja lebih. Mereka diculik kah sekarang, atau ini balasan untuk mereka yang terjebak dalam kes Laura. Seperti Aathif yang dipukul sehingga parah.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now