BAB 37

83 0 0
                                    

         Sejak kejadian itu, Laura dan Tawfeeq tidak banyak bicara. Tawfeeq berbual berlagak biasa, tetapi Laura tidak manja seperti selalu. Laura siapkan Tawfeeq setiap hari untuk ke kelas, apabila hari cuti pun mereka seperti biasa tetapi tidak semesra dulu. Sakit pening Laura, Laura tidak mengadu kepada Tawfeeq. Dia selalu berfikir dia tidak mahu menyusahkan Tawfeeq. Walaupun adakalanya Tawfeeq bertanyakan keadaan nya, Laura menjawab semua nya baik-baik saja.

Hari ini mereka menghadiri majlis doa selamat di rumah keluarga Khairul. Satu kejutan yang baik, Huda memanklumkan dia sudah memakai tudung secara rasmi. 

"Eh, isteri Tawfeeq makin berisi ya." Usik ibu Khairul. Laura yang sedang menyalami nya jadi malu. Hanya senyum.

"Apa Mama ni, usik Laura macam tu pulak. Tu gurauan sensitif." Sampuk Khairul yang datang bersama sepinggan satay.

Mereka hanya ketawa, tidak sedar pinggang Laura dipaut Tawfeeq. Laura tersiku pinggang Tawfeeq sehingga dia mengaduh. Mereka berdua terdiam, entah tiba-tiba merasa janggal.

"Eh jom, duduk balik makan nih. Makan nasi aje mana cukup."Khairul membawa kami dudk kembali di meja. 

"Laura, jangan ambik hati tau dengan mama aku tu, tak semengah bergurau macam tu." Khairul menggigit sebatang satay.

"Eh takpela, biasalah bergurau orang tua-tua." Laura membalas sopan. Dia faham maksud gurauan itu.

"Ni korang bila nak kawen?" sergah Afsar.

Puk! puk! 

Huda yang sedang menelan satay dirasakan tercekik. Hazriq disebelah menepuk-nepuk belakang Huda.

Khairul berhenti mengunyah. Dalam hati menyumpah seranah Afsar, soalan cepumas apakah?

"Korang kira jadi ke?" Kali ini Laura pula ceria bertanya, wajah Khairul dan Huda dipandang silih berganti.

"Eh lambat lagi eh!" Hazriq menjawab, nada suara sedikit tegang. Mata menjegil Huda yang tersipu-sipu disisi.

Semua di meja memandang ke arah Hazriq. Mengharapkan pejelasan, tak move on ke. Hazriq membuat batuk kecil. 

"Ehem ehem, maksud aku.. Khairul ni kan nak kerja besar dulu. Dia bagi tahu aku, lambat lagi tu nak kawin."

Yang lain mengangguk faham. Khairul yang baru menggigit separuh satay mengeras. Tidak tahu mahu memberi riaksi apa. Huda sudah meneguk air oren yang banyak. Cuci tekak setelah tercekik tadi.

"Tak kisah la kawin bila pun. Janji bagi jadi. Boleh 'double date'."Kali ini Tawfeeq cuba bergurau. Masing ketawa, tetapi dapat dilihat ketawa Khairul, Huda dan Hazriq yang dibuat-buat.

Laura di sisi Tawfeeq menepuk manja paha Tawfeeq, rasanya seperti tidak kena sahaja gurauan itu.

"By the way, jangan lupa hujung minggu ni."Huda mengingatkan program yang dia anjur di rumah kucing nya.

"Heh tak lupa lah. Ada apa-apa kami boleh tolong ke?"Arash yang diam sejak tadi mula bersuara. Sudah selesai makan.

"Segan lah nak cakap. Huda nak mintak tolong kemas-kemas sikit. Boleh ke?" Huda mengerling Hazriq disisi, mencari keberanian.

"Boleh la, bagitahu la bila. Habis kelas kami pergi." Afsar memberi maklum. Semua mereka mulai selesa dengan Huda. Hubungan mereka semua semakin erat, seperti keluarga.

"Nanti Huda bagitahu. Laura, lusa Laura tolong Huda eh?" Huda mengalihkan pandangan kepada Laura. Pastilah Laura orang penting untuk mebantunya, Laura sorang perempuan yang boleh menemaninya.

"Boleh, nanti sayang hantar kan eh?"Lembut Laura betanya kepada Tawfeeq.

"Abang boleh tolong sekali?" Ya dia bosan kalau berseorangan nanti.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now