BAB 8

145 5 0
                                    

        Suasana hati tidak seperti langit yang cerah. Retak, itulah yang dirasakan oleh Aathif saat ini. Mudahnya dia menyimpan rasa bertahun lamanya, tetapi kini semuanya musnah begitu sahaja. Cinta sebelah pihak memang menyakitkan. Tetapi dia bertahan hari ini kerana menunggu cintanya bersambut.

Aathif memandang helaian kertas putih yang dia ambil dari dalam laci. Sepucuk kertas yang bertulis perbualannya berbalas dengan Laura.

'Sofia. aku boleh simpan rahsia kau ni. Tapi kau kena janji , sampai masa kau kawin dengan aku. Aku boleh jaga kau.'- Aathif

'Aathif, kita masih muda nak bercakap fasal ini.'-Laura

'Tapi Sofia, apa aku cakap ni, aku tak main-main. Kita mungkin muda, tapi fikiran kita dah matang.' -Aathif

Aathif menolak kertas masuk celahan kayu dinding bilik Laura. Laura tarik nota itu. Dibuka dan dibaca. Dia lelah, harus apa dikatakan kepada lelaki ini agar lebih faham. Patutkah dia membenarkan saja supaya topik ini tidak lagi dibualkan. Setelah berfikir-fikir, dia menulis balasan.

'Okay, nanti kita kawin. Jangan cakap lagi fasal benda ni lagi.' -Laura

Aathif tersenyum, perlahan dia berbisik memberi salam dan meminta diri. Basikal dicapai. Dia berkayuh pulang. Laura yang mendengar kayuhan basikal pergi, menghela nafas panjang. Adakah benar tindakannya.

"Sofia, kau main-mainkan aku ke selama ini? Tak cukup ke apa yang aku buat untuk kau selama ini? Sampai hati kau buat aku macam ni. Aku ada kau je sebagai rumah aku, aku tak ada siapa-siapa yang dengar cerita aku. Tapi kenapa kau bagi luka pada aku Nur Laura Sofia?" Lirih Aathif.

Kesal dengan perkhabaran Laura yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Sudah acap kali dia mengalirkan air mata mengenangkan cinta hati. Sepatutnya dia yang bahagia bersama Laura bukan, setelah banyak impian yang dilakar untuk bersama Nur Laura Sofia. Tetapi mengapa akhirnya begini dalam luka yang dia terima?












            "Kak Laura. Kak Laura nak bertunang dengan abang bila?" Si adik, Dafiyah menyenggul kepala dari tempat duduk belakang.

Laura yang duduk di tempat penumpang hadapan hampir saja melatah.

"Engkau ni adik, kan ummi dah bagi tahu minggu depan. Ni kita keluar ni cari hantaran lah ni nak balas hantaran Laura." Daniah yang memandu memandang Laura sekilas.

Sungguh terlupa hal pertunangan itu. Luqman dan Khadijah sudah memberi tahu mereka menguruskan semua. Laura hanya perlu bersedia. Tentang cincin tunang, oh itu sahaja yang perlu dia uruskan bersama Tawfeeq. Tawfeeq pasti tidak tahu saiz jarinya. Kata Luqman Laura juga perlu berbincang hal pernikahan dengan Tawfeeq. Tapi antara mereka tidak menyebut lagi akan hal ini. Barangkali Tawfeeq pun tidak ingat.

"Hah Laura, dah pergi beli cincin? Ummi ada nak tanya korang. Korang nak beli sendiri atau Ummi belikan. Tapi semalam Ummi lupa, itu yang akak tanya kan ni." Cerita Daniah.

"Laura tak pasti, Tawfeeq belum sebut pasal ni." Betul lahkan, takkan lah Laura pula perlu beria bertanya cincin tunang, tentulah menunggu ajakan.

"Aduh, sengal betul abang kau ni adik." Daniah memandang cermin depan, Dafiyah di belakang menggeleng sekali.

"Laura call dia sekarang, suruh dia pergi mall. Kita settle kan semua harini."

Kelat liur ditelan. Perlahan dia cuba mengeluarkan suara. Daniah dan Dafiyah sudah berkerut seribu.

"Errr, Laura tak ada number phone Tawfeeq.." Teragak-agak, tapi ya perlu jujur. Sebelum ini mereka hanya bertemu muka. Tawfeeq yang sering datang bertemu, tak pernah pun sekali meminta number phone. Bukan tidak terfikir. Tetapi Laura lebih memilih untuk menunggu Tawfeeq memulakan. Mungkin Laura boleh dikatakan sedang ego.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now