BAB 55

103 2 0
                                    

Trigger Warning: Chapter ini mengandungi penderaan fizikal, aksi pembunuhan dan gangguan seksual. Pembaca tidak digalakkan membaca chapter ini sekiranya tidak kuat. Ambil nafas, sentuh dada,sama-sama kita berdoa semoga kita dilindungi dari perkara ini. Amin..

-P.Z-





Dan kisah ku tidak berakhir disitu..

Sehingga berberapa bulan berlalu. Angah dilihat sedang tertekan. Aku tahu apa sebabnya, dia yang bekerja untuk Ajai mendapat desakan. Aku ada bersama dia, ketika itu kami baru selesai bekerja.

"Luth, aku dah lama diam. Aku sepatutnya dapat Aisyah, tapi kau dah bercinta dengan dia setahun. Kau tahu aku dah lama kejar dia, tapi kau senang-senang dapat dia!" Ajai berkata dalam amarah. Kecewa sahabat baik mengkhianatinya. Walaupun dia cuba menerima alasan Angah yang mendekati Aisyah untuk dekatkan mereka. Tetapi semuanya menjadi silap apabila Angah mengaku yang dia mencintai Aisyah.

"Aku minta maaf Ajai. Aisyah perempuan baik, aku silap selama ini. Aku minta tolong, padam semua gambar dia Ajai, aku dah taknak jual gambar dia. Dan Sofia, tadi kerja terakhir dia. Sekali kau dapat tadi lepastu tolong padam gambar diorang. Tolong Ajai." Angah merayu kepada Ajai. Wajah nya sayu.

Aku hanya menunduk mengenggam jari-jemariku. Aku tahu, Ajai sedang memandangku dengan pandangan bengis.

"Kalau kau nak Aisyah, bagi aku Sofia. Itu pertukarannya. Kau dah janji dengan aku untuk bagi tubuh Aisyah, tapi bila ini jadinya..maka kau bagi aku tubuh Sofia." Ajai tersenyum sinis memandang aku dari atas kebawah. Angah dihadapan nya naik bengang. Tangan menggenggam penumbuk.

"Aku tak izinkan! Dia adik aku Ajai. Kita dah janji sejak awal, tubuh adik aku tak ada sesiapa boleh dapat! Kau jangan buat gila Ajai! Sofia tempat dia tak macam perempuan lain. Kau dah cakap kan dulu!" Marah, Angah mencengkam baju Ajai.

Aku di atas motor masih diam, mata dipejam rapat. Aku tidak sanggup membayangkan andai Angah menyerahkan aku seperti yang Ajai mahukan.

Ajai senyum senget dulu. Terhibur agaknya melihat wajah Angah yang menyinga.

"Okay, kalau macam tu bagi aku Aisyah. Dia tu tak kenal lagi aku. Selama ini aku kejar dia, tapi dia buat bodo dengan aku. Atau aku sebar gambar Sofia." Ugut Ajai.

Angah melepaskan cengkamannya, dadanya berombak laju. Angah memandang sekilas ke arah aku yang sudah menangis, menahan diri dari mengeluarkan bunyi. Ketakutan. Angah raup wajah sekali, kesal kerana telah terjebak dengan semua ini.











Aku mencuri dengar segala rancangan Angah dengan Ajai, tentu aku tidak membenarkan hal itu terjadi.

"Aisyah, hari ini aku ikut korang dating boleh?" Dalam resah aku menyuarakan cadangan, andai jawapannya tidak pun aku akan mengikuti mereka.

Aisyah gigit bibir. Jari-jemari saling bertaut.

"Kau boleh ke ikut? tapi jangan sampai dia tahu. Aku pun rasa tak sedap hati Sofia. Ajai tiba-tiba cakap yang aku kena tunggu dia. Abang kau pun dah berubah beberapa hari ni. Aku takut Sofia, Ajai mungkin tahu sesuatu yang kita orang dah buat selama ini. Abang kau, dia ada gambar aku. Aku tahu salah aku sekarang, mungkin itulah punca abang kau dah benci aku." Aisyah memegang erat lengan ku, merayu. Aku memujuknya, seperti yang dirancang aku akan ikut mereka.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now