BAB 47

97 2 0
                                    

           Tawfeeq merenung Laura dihadapannya. Laura juga tidak lari pandangan dari merenung Tawfeeq, bibirnya menguntum senyum tipis. Tawfeeq meraup wajah.

"Humairah, humairah tak sihat lagi. Kenapa tak tunggu di hospital. Kenapa tak tunggu abang jemput?" Lembut suara Tawfeeq menyoal. 

Baru tadi tengah hari mereka bertemu, dan baru pagi tadi dia terluka kerana Laura meminta perpisahan. Petang ini Along datang membawa Laura, Laura memaksa Along untuk membawa nya pulang. Doktor pula melepaskan kerana Laura merayu. 

"Laura tahu, tetapi Laura boleh jaga diri Laura. Laura perlu berpantang. Kaklong boleh jagakan Laura." tenang Laura memujuk.

Tawfeeq angkat wajah. Apa artinya? Panggilan manja sudah tiada, apakah Laura benar-benar nekad meminta perpisahan? Laura bangun perlahan melangkah mendekati Tawfeeq. Dalam menahan pedih, dia paksa diri duduk di bawah di hadapan Tawfeeq. Tawfeeq yang melihat pergerakan Laura menjadi cemas, tetapi Laura bijak mengawal riak nya. Tangan Tawfeeq dipegang mesra, dikucup sekali. Satu titisan air mata jatuh di tangan Tawfeeq.

"Izinkan Laura balik kampung. Laura minta Tawfeeq halal kan makan minum Laura."

Sekali lagi hati Tawfeeq bagai dihempas hingga pecah. Kemana pergi panggilan mesra mereka. Laura benar-benar memilih untuk melepaskan dia pergi. Tawfeeq tunduk, air mata menitis lagi. Dicari kejujuran sebalik mata Laura. Laura betul, Laura memang tidak ragu mahukan perpisahan.

"Abang boleh jaga Humairah. Kaklong boleh tinggal dekat sini. Humairah jangan tinggalkan abang." Kali ini Tawfeeq seakan merayu. Walaupun dia faham, Laura tetap memilih untuk pergi.

"Laura tahu, Tawfeeq boleh jaga Laura. Tawfeeq tak pernah abaikan Laura. Tawfeeq tunaikan janji Tawfeeq selama ini. Sekarang Tawfeeq tak perlu jaga Laura lagi. Tawfeeq tak penat tidurkan Laura setiap malam. Tawfeeq tak perlu susah-susah siapkan Laura bila Laura tak sihat. Tawfeeq tak perlu susahkan diri sebab risaukan Laura. Laura perlu pergi. Tawfeeq perlu bahagia, lepaskan Laura Tawfeeq." Laura lancar menutur kata, langsung tidak peduli perasaan perih dihati. Wajah sebu Tawfeeq direnung meminta restu.

Tawfeeq menarik tangan nya, tangan naik menekup wajah. Mengapa begini jadinya. Laura langsung tidak faham perasaannya.

"Tawfeeq, tolong Tawfeeq. Izinkan Laura pergi." Laura bangun melutut. Cuba dicapai tangan Tawfeeq.

"Laura, Tawfeeq tak tahu macam mana Tawfeeq nak cakap lagi. Laura memang tak faham kan perasaan Tawfeeq?" Sayu, Tawfeeq merenung dalam mata Laura. Hampa tiada kesal di sebalik mata bundar itu.

Tawfeeq melirik ke luar. Along dan Kaklong sedang menunggu di luar. Qaleef juga berada sama.

"Abang izinkan humairah balik kampung. Tapi jangan merayu untuk abang lepas kan humairah. Balik lah kampung, untuk sembuh. Tunggu abang balik, abang akan datang jenguk humairah abang." Tawfeeq menekup kedua-dua pipi Laura. Ditatap segenap wajah isterinya, wajah yang dia akan rindui setiap masa. Tak apa lah kalau Laura tidak pedulikan dia, dia tetap akan peduli kepada Laura.

"Laura nak tengok Tawfeeq bahagia." Lirih Laura berkata. Tangan Tawfeeq di kedua-dua pipi nya diusap. Laura bangun perlahan. Tangan Tawfeeq dibawa kebelakang tubuh.

Mereka berpelukan lama. Masing-masing melepaskan tangis. Masing-masing terluka. Laura memeluk erat leher Tawfeeq. Dia tahan rasa, Tawfeeq banyak menangis untuk nya. Tehinjut-hinjut bahu Tawfeeq, esakan tangis nya semakin kuat di bahu Laura. Laura menjauhkan wajah. Air mata yang banjir disapu lembut. Tawfeeq menangis lebih teruk dari sebelumnya. Laura memandang segenap wajah Tawfeeq, wajah lelaki yang sering belagak kuat dihadapanya. Sentiasa tersenyum untuk memujuknya. Hari ini dia kan melakukan perkara yang sama, memujuk Tawfeeq. Pipi Tawfeeq diusap penuh cinta. Dia tidak sering membelai Tawfeeq, kerana hanya dia yang sering meminta dibelai.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now