BAB 12

152 5 0
                                    

               Tawfeeq membetul-betulkan songkok yang dipakai. Dia memandang dirinya yang serba putih di dalam cermin. Kemudian meneliti setiap sisi tubuhnya. Rakan-rakan yang turut ada bersama duduk termangu menunggu Tawfeeq selesai.

"Tawfeeq kau dah hensem dah. Jom lah pergi. Family kau dah bertolak dah, kita je dekat sini." Afsar di bangku meja solek sudah bosan membelek sikat yang disediakan oleh pemilik chalet.

"Ni pengantin perempuan dah sampai ke belum?" Arash bertanya kepada Hazriq, memandangkan Huda yang akan menjadi pengapit untuk Laura.

"Dah on the way. Cepat lah Tawfeeq. Kau dah handsome dah." Hazriq yang sejak tadi baring di katil sudah bangun duduk di birai katil.

Kenapa lah pengantin lelaki yang lambat. Mentang-mentang masjid hanya  2 minit dari chalet, Tawfeeq dari tadi santai di hadapan cermin.

"Aku okay ke?" Masih ragu, dia juga gugup. Nafas cuba dikawal, setiap zikir dibaca dari tadi. Tetapi dia tidak sudah gugup.

"Dah weay, sumpah kau hensem. Dah terserlah ciri-ciri bapak orang." Khairul yang sudah tidak sabar, menolak Tawfeeq untuk keluar bilik. Mereka harus segera bertolak.

Arash bingkas bangun mencapai bag yang terisi barang keperluan Tawfeeq. Dia memandu kereta milik Tawfeeq. Kereta Hazriq mengekori dari belakang. Sesampai di masjid, semua orang sudah menunggu. Laura yang melihat Tawfeeq sudah sampai, bingkas bangun. Isyarat diberi untuk Tawfeeq menunggu.

Laura menarik lengan Tawfeeq untuk keluar. Mata Tawfeeq ditatap lama. Tawfeeq yang terkaku bercampur gugup, atas bawah dia melirik pakaian Laura. Laura memilih untuk memakai loose gown putih bersih, ditabur batu permata yang rekaan nya ringkas. Cukup anggun.

"Tawfeeq. Ada tiga perkara yang saya nak awak jawab dengan jujur." Datar sahaja suara Laura.

Tawfeeq meliar ke dalam masjid, semua ahli keluarga sudah menunggu. Tok kadi pun sudah bersiap. Dia harus segera, bersiap dengan soalan yang bakal ditanya.

"Okay, apa soalanya? " Tidak mahu berlama, majlis mesti dilesaikan segera.

"Pertama, apa pandangan awak tentang pernikahan?"

Tawfeeq mengulum senyum, dijeling manja kepada Laura yang sedang kelip-kelip merenungnya.

"Kacang ni, pernikahan tu kalau dalam islam satu ibadah. Suami dan isteri perlu saling melengkapi, saling memainkan peranan. Membetulkan yang salah dan berkomunikasi. Kemudian, membina keluarga yang sakinah. Tanggungjawab saya sebagai suami perlu mendidik, menegur dan menjaga kebajikan keluarga. Menyediakan nafkah yang cukup untuk isteri dan anak-anak.. lepastu.."

"Cup!" Laura memotong dengan menunjukkan lima jarinya bertemu di hadapan wajah Tawfeeq.

Tawfeq yang sedang mengira-ngira di jari terhenti. Tawfeeq mengangkat wajah. Kelu melihat tindakan Laura.

"Next question, what if I can't give you a kids?" Laura memeluk tubuh, menanti jawapan dari Tawfeeq.

Terkedu. Soalan ini tidak terlintas untuk disoal. Tawfeeq cuba betulkan nafas yang sejak tadi sesak. Kali ini Laura betul-betul kelihatan tegas.

"Pertama, islam menganjurkan suami isteri untuk berbincang dalam apa-apa hal. Dan dalam perkahwinan perlu ada perngorbanan.." Jeda. Tawfeeq memandang wajah Laura yang mula menunjukan riak mencebik. Pelukan tubuhnya longgar.

"Tapi, sebelum kita pilih untuk pengorbanan itu, kita perlu berusaha dan ikhtiar. Kalau pun tuhan tak izinkan kita untuk mendapat zuriat. Saya terima Laura, saya tak nak cari lain. Sekurang-kurang nya saya bersyukur awak..."

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now