BAB 21

162 2 1
                                    

Trigger Warning:

Chapter ini mengandungi penderaan fizikal dan gangguan seksual. Pembaca tidak digalakkan membaca chapter ini sekiranya tidak kuat. Ambil nafas, sentuh dada,sama-sama kita berdoa semoga kita dilindungi dari perkara ini. Amin..

-P.Z-















Rumah kosong yang terbiar dipandang sekeliling, penuh dengan daun pokok dan semak samun yang menjalar. Mata ku meliar-liar mencari sesuatu yang aku tidak pasti. Dinding rumah penuh dengan contengan yang entah apa pun aku tidak fahami. Di telinga hanya mendengar suara angin lalu, kadang-kala menerobos masuk ke ruang ini. Sunyi. Aku duduk membawa kaki ku ke dada, aku memeluk diri lalu termenung. Aku tidak pasti mengapa aku disini. Tetapi sesuatu sedang ditunggu, aku tidak tahu.

"Abang, kita tunggu apa dekat sini? Saya dah lapar." Tangan ku menggosok-gosok perut. Sudah berbunyi. Seragam sekolah yang dipakai aku biarkan kotor. Cuma lelah yang dirasakan. Dudukku dibetulkan.

Lelaki di hadapan aku pandang, sedang berdiri menanti seseorang. Seperti cacing kepanasan. Tidak tahu apa yang dia fikirkan.

"Abang, kita tunggu siapa sebenarnya? Dia bawa makan tak?" Tidak sabar aku menunggu, aku cuba membuat jenaka. Tetapi..

"Weah, kau diam boleh tak?! Aku suruh kau duduk, kau duduk ajelah diam-diam. Nanti aku beli makan" Marahnya.

Aku tersentak dengan kekasarannya. Sungguh aku tidak menyangka dia akan meninggikan suara. Padahal dia tidak pernah bersikap seperti ini. Aku terdiam, cuba menahan tangis.

"Kenapa tak cakap lapar? Kalau tak abang-abang dah pergi beli." Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki. Kukira mereka empat orang. Terkedu, lelaki yang aku lihat ini mempunyai aura yang menakutkan. Aku pandang lelaki yang berdiri di hadapanku. Mengapa dia menelan liur kalau lelaki itu yang ditunggu sejak tadi? Wajahnya berubah mendung.

Aku takut, aku bangun dari duduk ku untuk mendapat kekuatan. Aku capai lengan lelaki yang ku panggil abang. Aku pandang wajahnya menunggu balasan. Aku tidak faham mengapa wajahnya seperti ketakutan.

Sekumpulan lelaki itu mula mendekati kami berdua, dengan wajah yang menjengkelkan. Perasaan takut dalam diri aku semakin mencengkam. Kurasakan seluruh tubuh ku menggelentar.

"Jadi ini lah girlfriend kau? Pandai kau cari. Cantik, putih gebu. Comel macam siapa tu?" Dia kalih memandang tiga orang rakannya yang lain.

"Anak ayam?" Jawab salah seorang dari mereka, disambung gelak tawa dari mereka semua.

Aku hanya menunduk. Masih cuba mencerna situasi ini.

"Dah, aku dah tak boleh tunggu. Lepasni, kira settle." Dia mungkin ketua dalam kumpulan itu, dia pandang aku yang bersembunyi di balik jejaka kekasih hati ku. Dengan pantas dia capai tangan aku. Aku memberontak dengan menolak dia pergi.

"Eh lepas lah! Abang!" Sedaya upaya aku menepis. Tetapi cengkaman nya semakin kuat. Pandanganku mulai kabur, menunggu masa air mata ku menitis.

Tapi sungguh aku tidak sangka, kekasih hati pula menolak tangan aku untuk melepaskan lengannya. Aku jadi nanar, apa aku harus lakukan? Tubuhku mengeras, terkedu melihat riaksi kekasih hati. Dia berjalan laju mahu meninggalkan aku. Tetapi, seorang dari mereka memaksa dia untuk kekal disini. Aku hanya melihat tanpa bersuara. Telefon bimbit diberi. Aku pandang wajah dia yang berubah serba salah. Aku tidak tahu apa ertinya itu. Aku terus menangis. Apa semua ini?

"Kau jangan pergi lagi, aku nak kau record video kejap lagi. Kawan-kawan aku pun nak join game ni." Lelaki itu memandang aku dalam-dalam.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now