BAB 53

116 3 2
                                    

 Trigger Warning: Chapter ini mengandungi penderaan fizikal dan aksi berbahaya. Pembaca tidak digalakkan membaca chapter ini sekiranya tidak kuat. Ambil nafas, sentuh dada,sama-sama kita berdoa semoga kita dilindungi dari perkara ini. Amin..

-P.Z-






             Tawfeeq bersiap untuk bertolak ke kampung, semua barang diletakkan kedalam bonet kereta. Mereka yang lain hanya melihat pergerakan Tawfeeq. Mendengar cerita Tawfeeq, semua turut merisaukan keadaan Laura.

"Tawfeeq, kita orang ikut kau eh? Biar aku bawa kereta, kau duduk la rehat." Arash bersuara, risau melihatkan keadaan Tawfeeq yang baru sudah menangis. Bahaya memandu dalam keadaan emosi yang tidak stabil.

"Terima kasih sebab ambil berat fasal aku. Tapi aku rasa kali ini biar aku sendiri Ash."

"Tak-tak, kita orang akan ikut." Afsar keluar dari rumah bersama beberapa beg pakaian, Hazriq dibelakang turut mengekor bersama beg galas.

"Kita orang sekali dah terlibat, sampai akhir kita orang akan terlibat." Sambung Afsar.

"Kita orang akan support kau dari belakang. Kau ingat kita orang senang ke tengok kau emosi beberapa hari ni? Kita dah macam family, Laura pun family kita. Kami sayang kau, kami sayang dia jugak. Kali ini kita sama-sama tolong Laura untuk sembuh." Hazriq turut memberikan sokongan.

Tawfeeq terharu. Kini mereka juga lah sumber kekuatan untuk mempertahankan rumah tangganya.

"Kelas esok macam mana?" Tawfeeq menyoal. 

"Takpe, aku akan kelentong. Lagipun kelas esok cuma kelas lab, kita boleh buat hari lain." Khairul menawarkan diri, dia selalu berjaya berurusan dengan pensyarah.

Ting!

Notifikasi dari telefon bimbit Tawfeeq berbunyi. Tawfeeq memandang semua wajah dihadapanya. Mesej dari Laura. Tawfeeq buka kiriman mesej itu.

'Assalamualaikum sayang.'

'Laura nak minta izin, Laura nak jumpa Aisyah esok pagi.'

Tawfeeq raup wajah. Mengucap panjang. 

"Kita kena bertolak sekarang!"

Tawfeeq bergegas masuk ke tempat penumpang hadapan. Dia tidak sanggup memandu, dia sedang emosi sekarang. 









              Laura terjaga dari lena. Sudah siang, dia sudah berjanji dengan Aisyah. Dia akan bersiap-siap. Satu catatan ditinggalkan di atas meja solek. Laura merenung dirinya kedalam cermin, dengan tatapan kosong, wajahnya tiada seri sejak dia meninggalkan Tawfeeq. Dia yakin semua nya telah terbongkar, rahsia yang disimpan semua dirungkai. Skrin telefon dibuka,

'Humairah, tunggu abang balik. Jangan pergi jumpa Aisyah tanpa abang.' -Syurga Sayang

Laura letak kembali telefon bimbit di atas katil. Dia tunduk sekali sebelum mata nya berubah gelab. Kembali merenung dirinya kedalam cermin. Sisi gelab nya telah muncul.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now