BAB 52

101 4 7
                                    

            Tawfeeq menggigit bibir, wajah HJ. Dr. Daniel dihadapan dipandang lama. Pandangan yang sarat dengan perasaan simpati. Tawfeeq hanya diam, tidak menyangka telahannya benar.

"Tawfeeq dah telan banyak." Bersahaja Hj. Dr. Daniel memaklumkan, dia tidak menyalahkan Laura. Tentu Laura memiliki alasan nya tersendiri, pemikiran Laura berbeza dengan orang lain.

Seketika Tawfeeq menggosok belakang leher, nafas melepas keluhan berat. 

"Tawfeeq tak marah kan dia Abi. Tapi buat Tawfeeq rasa terkilan. Berapa kali dia keluar sendiri tanpa pengetahuan Tawfeeq, entah jumpa dengan lelaki itu." Tawfeeq menunduk kesal, dia risau kan Laura. Tetapi hendak dikata apa, semua sudah belaku, Ajai pun sudah tiada.

"Lusa, Tawfeeq nak balik kampung kan?" Hj. Dr. Daniel menyoal.

Tawfeeq angguk perlahan. Hj. Dr. Daniel tersenyum, dia tahu anaknya sekarang sedang merajuk. Sudah lama dia tidak melihat riak wajah itu.

"Nanti balik, bincang lah elok-elok. Jangan cari gaduh pula, jangan mengada nak dia pujuk awak." Hj. Dr. Daniel memesan, bukan tidak tahu perangai mengada Tawfeeq yang suka mengusik Laura.

Tawfeeq tarik senyum, ayahnya tahu sahaja dia mahu merajuk dengan Laura.

Seusai urusan nya, Tawfeeq pun mahu bergerak pulang. Ketika di dalam lif, dia terserempak dengan Hazriq dan Huda.

"Korang buat pa datang hospital?" Tawfeeq menjadi risau, siapa sahaja yang cedera sekarang dia akan berfikir itu ada kaitannya dengan orang yang sama.

"Huda, pergi chek up. Chek up dekat sini sebab ada doctor pakar." Hazriq memeluk bahu Huda, wajah gadis itu sedikit pucat.

"Kenapa, kau sakit apa Huda?" Tawfeeq mula risau, sekarang fikirnya Laura apa-apakan Huda. Kut lah, dia dah terkena.

"Tukak peptik, ingatkan dah lega lepas ambil ubat. Rupanya tak, beberapa hari tak sihat lagi."

Tawfeeq kerut dahi. Tidak tahu itu penyakit apa.

"Hah kau itulah, mesti kau lupa kan ni penyakit apa. Luka dalam perut, Huda ni stage tengah-tengah. Kalau teruk lagi, memang kena tahan di ward." Hazriq menjawab, sudah tahu Tawfeeq sedang menunggu jawapan.

Tawfeeq senyum sumbing, memang dia tidak ingat pun. Patutlah dia tidak jadi doktor, study untuk exam sahaja.

"Dah lama ke sakit tu?" Tawfeeq menyoal lagi, prihatin.

Huda senyum dulu. Tidak lama lif terbuka, mereka melangkah keluar bersama.

"Sebelum korang buat kerja JAIS tu, Huda dah sakit teruk dah. Muntah-muntah berapa hari, itu yang Huda tak pergi kelas tu. Ambil ubat aje, memang muntah-muntah. Tak fasal-fasal Laura salah faham." Huda ketawa kecil. Hazriq disisi sudah mencubit pinggang Huda. Terus senyuman nya mati.

Tawfeeq pula melirik Hazriq yang seakan menyembunyikan sesuatu.

"Laura salah faham apa?" Tawfeeq cuba menggorek, tertarik apabila nama isterinya disebut. Topik untuk berbual tentang Laura, mengapa tidak jika orang itu yang dirinduinya.

"Arh.." Huda menggaru kepala yang ditutupi selendang. Tidak gatal, tetapi sedang serba salah.

Hazriq meliar-liarkan mata ke sekeliling. Malas mahu back up. Huda disisi mati akal.

"Cakap aje lah.." Tawfeeq sudah tidak sabar, rasanya tidak ada yang salah.

"Dia ingat Huda pregnant." Huda senyum lagi, Tawfeeq sedih ke?

Tawfeeq lepas ketawa. Langsung tidak terasa, dia faham isu ini tidak terkait dengan masalah nya. Tidak mengapa.

"Haih humairah ni, agak-agak mesti dia dah berfkir yang Hazriq puncanya." Tawfeeq memegang perut, terbayang wajah Laura yang sedang menjadi penyiasat tidak berbayar.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now