BAB 42

96 2 0
                                    

           Laman rumah masih berembun dihiasi kicauan burung yang berterbangan di langit. Hidangan bersama kopi panas membuat Tawfeeq dan Hazriq bertambah asyik menikmati suasana pagi itu.Tawfeeq menghirup sekali kopi, mengerling Hazriq di hadapan yang sedang mengeluh perlahan.

"Kau memang tak nak cerita dekat aku ke?" Tawfeeq memulakan bicara. Bukan niatnya mahu mendesak Hazriq.

Hazriq melepaskan keluhan berat. Tubuh didekatkan ke meja. Merenung mata Tawfeeq.

"Aku cerita lah. Tapi biar aku mula dari kisah keluarga aku. Janji dengan aku, kau jangan nangis." Hazriq memberi amaran. Sebelum awan di atas kepalanya menayang semula sebuah kisah keluarganya.

Tawfeeq diam, menunggu Hazriq memulakan.

Seorang wanita menangis cuba menahan pergerakan tangan suaminya yang kalut melempar pakaian ke dalam bagasi.

"Abang, tolong jangan pergi. Demi anak-anak, tolong la jangan tinggalkan kami. Saya merayu dekat abang" Tangan sang isteri tidak lepas memegang lengan suaminya.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi isteri. Dia jatuh tersungkur lalu terhantuk di birai katil. Darah dikepala mengalir laju. Rambut dicengkam, ditarik wajahnya untuk mendongak.

"Eh perempuan, untuk pengetahuan kau sejak awal aku cuma gunakan kau untuk puaskan nafsu aku. Aku kawin dengan kau pun sebab air muka keluarga aku. Anak-anak kau tu aku dah suruh kau gugurkan, kau yang heret aku kawin dengan kau! Sekarang kau nak aku setia dengan kau?"

Basah wajah sang isteri, air mata mengalir dibawa bersama darah dari luka di wajah. Terhenjut-henjut bahu melepas tangis, tubuhnya tidak lagi kuat, sudah lemah dipukul setiap hari.

"Abang , kalau abang nak kawin dengan perempuan tu abang kawin lah. Saya izinkan, tapi tolong jangan tinggalkan Hazriq dengan Huda. Mereka kecil lagi."

Tangan cuba meleraikan cengkaman pada rambut. Akhirnya dilepaskan secara kasar.

"Hah kenapa kau tak cakap macam ni aje dari awal. Takde la kau dapat luka baru."

Dia toleh melihat ke luar pintu yang tidak rapat. Dipandang kedua orang anaknya. Mereka menangis sedang memandang mereka. Hazriq memegang patung kura-kuranya, terbiar jatuh meleret ke lantai, sebelah tangan merangkul tubuh kecil Huda yang menyembunyikan wajah di dadanya. Patung Garfile dipeluk erat.

Sang ayah yang menyaksikan tingkah dua beradik itu terkedu. Dia bergegas menolak rapat pintu bilik. Bergegar kuat.

"Abang sakit!"

Dari luar bilik kedengaran tangisan ibu mereka yang meronta kesakitan.

Pelukan Hazriq pada tubuh Huda diketatkan. Mata dipejam rapat, mutiara jernih semakin melimpah.

"Abang, hikss.. kenapa papa pukul mama?Hiksss..Baby takut. Kesian dekat mama. Hikss.."

"Mama kita kuat, sebab tu mama stay dengan papa." Hazriq memujuk Huda. Semakin kuat tangisan mereka.

Tidak lama beberapa bulan..

"Aku ceraikan kau, aku dah taknak hidup dengan kau." Sang ayah mengheret kaki keluar dari bilik.

Ibu mereka berlari, kaki suaminya dicapai. Diseret hingga ke depan.

"Tolong, jangan buat macam ni. Tolong Huzair, jangan tinggalkan Haiza." Kaki yang dipeluk menendang nya hingga tersembam ke lantai.

Hazriq yang sedang bermain patung kura-kura bersama Huda tersentak, mula ketakutan. Huda yang duduk di sofa turun memeluk Hazriq. Gadis kecil itu mula menangis.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now