BAB 44

93 3 0
                                    

              Tawfeeq melutut di hadapan Aathif. Kali ini tembok air mata sudah pecah. Dia menangis semaunya. Aathif yang memandangnya langsung tidak dihiraukan.

"Aku tak pasti sebenarnya betul ke itu lelaki yang sama. Laura cuma pesan untuk aku rahsia kan. Pada hakikatnya, cuma dia yang tahu kebenarannya. Aku cuma tahu sikit saja Tawfeeq.. Lagipun ini aib dia. Kisah silam dia. Dia lebih berhak untuk simpan atau luahkan semua ini, kalau kau nak tahu. Hanya dia yang boleh cerita pada kau. Bukan aku Tawfeeq.. Aku minta maaf." Aathif memandang Tawfeeq, jatuh simpati. Dia tahu Tawfeeq ikhlas menerima Laura, tetapi dia tidak boleh masuk campur.

"Jadi, fasal kau datang tunjuk aku catatan kewangan Laura tu, betul ke tipu? gambar baby tu? cerita dekat aku." Tawfeeq merayu lagi, dia benar-benar lelah memikirkan situasi ini. Terkilan lagi apabila mengetahui Laura berhubung dengan lelaki itu.

"Fasal duit kerja sambilan tu, memang aku tak tipu. Aku tak tahu dia kerja apa, tapi ada sesuatu yang berlaku dan buat aku fikir, Laura buat kerja kotor. Entah dengan siapa aku tak tahu. Dulu aku pernah minta Laura jujur. Tapi dari cara dia tengking aku sekali, aku tahu ada yang salah. Aku agak kerja tu sama ada dia rela atau paksa, dan mungkin dipaksa oleh keadaan. Sampai la harini lelaki tu muncul, aku nampak mata Laura tak tipu. Mungkin Laura kerja dengan lelaki tu dulu. Paling tidak pun, mereka ada sesuatu dulu. Fasal gambar baby tu, aku tak mampu nak cerita. Itu hak Laura. Aku sebagai kawan dan saudara dah berjanji dengan dia banyak hal. Hanya dia yang boleh cerita. Melainkan kau cari tahu sendiri Tawfeeq. Aku taknak masuk campur." Lemah suara Aathif memujuk. Bukan dia mahu mempermainkan sesiapa, tetapi dia sedar dia bukan sesiapa. Semuanya urusan pribadi Laura. Lagipun, dia tidak tahu banyak.

Tawfeeq kelu, esakan tangis perlahan terhenti. Bagaimana dia mahu bertanya kepada Laura sekarang? Mencari tahu sendiri? bagaimana?












              Huda berlari keluar mencari Laura di laman rumah, sedang bermain dengan Qaleef. Sementara menunggu Tawfeeq datang menjemput mereka.

"Laura! Laura! Laura! Huda nak Laura masuk rumah sekarang!" Keras suara Huda yang dari jauh berlari menarik Laura masuk kedalam rumah. 

"Eh, kenapa Huda?" langkah kaki hanya menuruti Huda.

"Tawfeeq suruh. Dia sampai lewat," Huda menjawab, kedengaran getaran suara yang seperti teragak-agak.

Laura kerut dahi. Kalau ia pun kenapa terjerit-jerit?

Huda mengheret Laura hingga ke bilik. Pintu ditutup. Dibawa Laura duduk dikatil.

"Laura, Laura duduk dekat bilik ni. Jangan pergi mana-mana." Huda berpesan kepada Laura yang masih bingung. 

Huda berlalu keluar. Pintu bilik ditutup rapat, Huda membuka laci. Satu kunci diambil. Perlahan-lahan Huda mengunci pintu bilik itu. Mengurung Laura.










             Suasana rumah hingar bingar. Penuh dengan kehadiran rakan-rakan Tawfeeq di rumah keluarga nya.

"Mana bini kau Muhammad Tawfeeq Aryan. Ummi tanya, mana dia?" Ummi menarik-narik baju Tawfeeq, merayu untuk Tawfeeq membawakan Laura kepada nya.

"Ummi, apa yang Ummi fikirkan tak betul. Nur Laura Sofia yang abang nikahi adalah perempuan yang baik." Tawfeeq menjatuhkan tubuh di hadapan kaki Ummi. Merayu.

"Kakak tak kira adik. Laura dah malukan kita. Benda terkutuk apa yang dia buat dulu, dah mencemarkan nama kita sekarang. Kau tengok netizen cakap apa ni." Daniah tunduk di hadapan Tawfeeq. Telefon ditala ke mukanya yang menunduk bersalah. Malah Daniah menggoncang tubuh tegap Tawfeeq yang lemah.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now