BAB 19

142 3 0
                                    


Trigger Warning:

Chapter ini mengandungi penderaan fizikal dan gangguan seksual. Pembaca tidak digalakkan membaca chapter ini sekiranya tidak kuat. Ambil nafas, sentuh dada,sama-sama kita berdoa semoga kita dilindungi dari perkara ini. Amin..

-P.Z-











            Ini merupakan hari pertama untuk mereka memulakan percutian mereka di Pulau Langkawi. Pagi nanti mereka akan memulakan aktiviti yang telah diaturkan dalam pakej bulan madu mereka. 

"Humairah sayang, subuh jom." Tawfeeq yang baru sudah mandi, mengejutkan Laura dari tidur. Jari-jemari dimainkan pada rambut depan isterinya. Itulah cara nya membangunkan Laura tanpa membuat Laura terkejut. 

Lembut tangan Tawfeeq menyentuh wajah sang isteri. Tentu penat kerana malam tadi Laura mengadu tidak dapat lelap. Entah jam berapa Laura tidur memandangan tengah malam tadi Laura mengajak Tawfeeq menunaikan solat sunat, dan setelah itu baru dia melihat Laura dapat tidur.

Setelah Laura sedar dari lena, usapan lembut Tawfeeq ditangkap. Perlahan Laura mengucup tangan suaminya. Dia bingkas bangun untuk mengambil wudhuk. Dia perlu menyiapkan persediaan untuk solat. Baru Tawfeeq akan mengambil wudhuk. 

Seusai itu, mereka turun untuk bersarapan. Ketika berada di restoran hotel, Laura yang sedang menyuapkan nasi kemulut Tawfeeq terpandang satu susuk lelaki yang dia lihat semalam. Tangan nya terhenti. Tawfeeq pula sudah membuka mulut menunggu sudu dibawa kemulutnya. Mulut kembali ditutup. Tawfeeq perasan mata Laura yang terarah pada belakangnya. Dia kalih.

"Ehh, nak suap ni, jangan tengok tempat lain." Cepat-cepat Laura memagut wajah Tawfeeq memandangnya. Disuap nasi goreng kemulut Tawfeeq. Tawfeeq hanya mengunyah tanpa banyak soal. Mereka berkongsi nasi, makanan lain nya hanya roti bakar sekaya. Ini kerana Tawfeeq tidak mahu makan berat pada waktu pagi. Kebiasaanya dia hanya mengambil roti dan air milo panas. Ataupun mihun dan mee goreng, makanan yang ringkas.

"Abang nampak awak pandang sana, tengok siapa humairah?" Setelah menelan suapan tadi, Tawfeeq mula menyiasat.

Laura senyum, mengerdip mata sekali memandang Tawfeeq.

"Tengok ada lelaki tu hensem." Laura membuat akal mahu mengusik Tawfeeq. Kembali tunduk menjamah nasi goreng. Ulas bibir melorek senyum.

"Aaa! Yang ini memang melampau. Nak kena cubit?" Jari sudah mengangkat gaya mencubit. Tangan naik memeluk tubuh. Dia mahu merajuk sekarang. Bibir dimuncung sedepa.

"Hehhehehheh, gurau ajelah. Kuat betul jelous tu." Disua lagi nasi kemulut Tawfeeq. Setelah disuap, Tawfeeq mengigit sudu. Tawfeeq tayang muka tidak bersalah. Laura yang tahu Tawfeeq mengajak nya bergaduh sekarang, lekas menjepit hidung Tawfeeq sehingga kemerahan.

"Argh! sakit la humairah." Segera Tawfeeq melepaskan gigitan nya. Dia sentuh hidungnya yang kebas. Tertawa, tetapi dia tahu lelaki misteri itu ada disini. Rasa resah di hati disembunyi rapi. Semalam dia menerima gambar mereka di pantai dari orang yang sama. Tanpa sebarang mesej, Tawfeeq pun tidak pasti apa tujuan lelaki itu mengikut mereka sehingga kesini. Apa yang pasti, dia tidak dapat melupakan hal itu. Percutian mereka akan menjadi terganggu.

"Ah itu sebab main-main lagi." Laura menyuap suapan terakhir kemulutnya. Nasi mereka sudah habis licin.

"Sayang. Sekejap lagi kita pergi kampung Mahsuri dulu  ya?" Laura cuba berlagak tenang, walaupun sepasang mata tidak lepas memandang kearah mereka. Hanya senyum yang tidak lekang dibibir, walhal hati nya sedang walang.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now