END

310 5 7
                                    

           Laura melangkah mendekati pusara milik Qaleef, penuh rumput karpet hijau dan batu sungai sebagai batu nisan. Tawfeeq membentangkan tikar. Memaut Laura untuk duduk. Mata kosong Laura mulai membasah. Tangan terketar-ketar menyentuh tanah pusara. Dibaca nama yang diukir atas batu nisan.

"Muhammad Qaleef Abdullah.. Pandai Abah Aathif letak nama ini kan.. Dia tahu ibu suka nama itu.." Suara Laura semakin perlahan.

Tawfeeq menggosok-gosok bahu Laura. Tubuh Laura mula bergetar, sedang menahan sebak. Kalau diikutkan dia mahu meraung, meratap.. Tetapi dia tahu semuanya sudah terlambat.

"Qaleef. Patutnya bukan makcu.. tapi ibu. Ibu minta maaf ya sayang..? Kenapa anak ibu dekat sini?" Tidak menahan diri, akhirnya soalan itu yang terpacul dimulut.

Akhirnya tangis yang ditahan terlepas. Habis basah wajah dengan air mata. Laura menekup mulut, sungguh dia kesal. Tawfeeq yang turut bersedih menundukkan wajah. Digosok belakang tubuh Laura.

"Laura lahirkan dia Tawfeeq, tetapi kerana Laura juga dia pergi. Kejamnya Laura." Laura menggenggam jemari.

"Sayang, dah janji kan tak nak cakap macam ini. Sayang kena sabar, sebab Qaleef dah tunggu sayang dekat sana. Kalau sebelum ini kita semua jaga dia, sekarang Allah dah jaga dia. Sayang, doa anak syurga ini baik tau. Qaleef mesti taknak tengok awak menangis, dia anak yang baik. Dan ibu dia pun kena jadi yang baik. Jangan nangis lagi sayang. Sayang kena banyakkan doa untuk arwah." Tawfeeq jauhkan tubuh, disapu air mata Laura. Sekali lagi tubuh Laura didakap, dipujuk agar Laura kuat.

Sepasang mata seorang perempuan mengintai dari jauh. Matanya kosong. Disentuh cincin rantai dilehernya. Dia berkerut melihat pasangan itu. Langkah diatur, lalu beredar dari meninggalkan kawasan itu.

Perlahan Laura mengambil nafas. Mereka membuka Yassin. Memulakan bacaan, Laura terus membaca dalam tatkala air matanya tidak putus mengalir.

"Tawfeeq, saya selalu berdoa anak saya itu sihat selalu. Saya yang buang dia, tetapi setiap hari saya rindukan dia. Mimpi buruk saya adakalanya adalah mimpi indah saya. Kerana hanya di dalam mimpi, saya melihat dia. Tetapi hebatnya aturan Allah. Rupanya saya dah nampak dia membesar depan saya. Kalau dia ada pun, macam mana saya nak ajar dia tukar panggilan? Tentu tak akan ada yang berubah, dia takkan tahu saya ibunya." Setelah yassin ditutup, Laura meluah lagi.

"Laura, tak kisahlah apa pun berlaku. Percayalah rancangan Allah itu maha hebat. Orang yang hebat akan diuji dengan ujian yang hebat." Tawfeeq memeluk bahu Laura. Laura masih lemah, sedang termenung menghadap pusara Qaleef.

"Tawfeeq, Laura dengar Along sebut fasal kubur arwah Angah. Sebelah sana.. Laura dengar ada orang nak tanah sebelah tu. Siapa tu abang? abang tahu?" Laura menyoal, dia teringatkan perbualan yang dia terdengar.

Tawfeeq geleng sekali. Dia ada bertemu penjaga di sini, penjaga itu pun memaklumkan, seseorang yang jauh-jauh datang untuk ambil tapak disebelah itu. Katanya mahu ambil untuk dirinya. Anehnya siapa yang mahu menempah tapak perkuburan untuk jangka masa yang tidak tahu bila. Malah arwah bukan sesiapa, mengapa mahu disimpan disisi arwah?

"Peliklah, selalunya yang ambil tanah sebelah kubur itu ahli keluarga. Tapi dia tak ambilkan? Pak cik Hassan cakap dia tak boleh janji hal yang macam itu. Tetapi orang tu berkeras nak tanah dekat sebelah itu."

"Tapi Along bagitahu abang, arwah memang minta tanah sebelah dia kosong? Sebelum arwah pergi?" Tawfeeq mengutarakan semula perbualannya dengan Along. Kerana itu kubur arwah Angah jauh dihujung. Untuk pengebumian yang berkeluarga. Entah lah kisah nya bagaimana. Dia cuma dengar sahaja. Cuma sekarang orang itu datang, Along pun tidak tahu siapa. Arwah tidak memaklumkan alasannya.

Laura kerut wajah. Mengapa begitu? Untuk siapa?








                   Laura mengeluarkan satu sampul besar. Dibuka isi sampul itu, tangannya menggelentar.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now