NOTE 2

141 4 2
                                    

KUNCI KELAMIN

Penyakit yang jarang diketahui orang ramai ini dikenal sebagai Vaginismus, iaitu penyakit yang dihadapi oleh ramai wanita sehingga menyukarkan mereka untuk menimang cahaya mata. Vaginismus merupakan penyakit dimana pasangan suami isteri mempunyai masalah tidak mampu melakukan hubungan intim.


FAKTOR

Perasaan anxiety dan takut keterlaluan untuk melakukan hubungan intim.

Mendengar pengalaman dari rakan-rakan, dari media dan sebagainya.

Atau trauma sebagai mangsa jenayah cabul / rogol / penderaan fizikal.

Mungkin dari pengalam kali pertama samada secara paksa / ketika baru bersalin.


AKIBAT

Wanita merasa rendah diri

Mengalami masalah gangguan mental sangat teruk dan boleh menjejaskan diri sendiri.

Menjejaskan hubungan suami isteri.


TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

Memerlukan khidmat rawatan dari segi mental terlebih dahulu kerana ianya mempengaruhi fizikal semasa hubungan intim.

Memujuk diri untuk tidak terlalu memikirkan sesuatu negatif ketika hubungan intim kerana akan menimbulkan depresi.

Suami perlu memainkan peranan untuk memahami kondisi isteri yang memerlukan sokongan emosi, rawatan dan ubat untuk sembuh dari penyakit ini.

Sebuah perkahwinan itu tujuan bukan untuk hubungan di ranjang semata-mata tetapi tanggungjawab bersama, perkongsian hidup, suka dan duka dan segalanya adalah saling melengkapi.

Hargai pasangan sebaiknya, bantu pasangan anda untuk sembuh dan temui kebahagian bersama untuk hidup selamanya.

Ingat, wanita yang mengalami penyakit ini memerlukan sokongan dari seorang suami.





"Wanita perlu percaya diri, suami yang baik adalah suami yang boleh menerima anda seadanya"

-P.Z-

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now