EPILOG 1

317 4 5
                                    

                 Tawfeeq mengetuk pintu bilik perlahan. Tak lama kemudian Laura membuka pintu, lalu memandang bilik sebelah. Tawfeeq mengintai kedalam bilik, melihat ke atas katil. Laura angkat jari satu dibibir. Tawfeeq turut meletakkan jari satu dibibir. Dia melangkah perlahan kedalam bilik.

"Papa! Nak papa. Hikss"

"Uweak! Uweak!" 

Tawfeeq dan Laura pejam mata kejap!

"Awak cakap awak dah tidurkan dia. Tengok! Saya nak kena tidurkan Thaqeef" Laura membebel, ditolak bahu Tawfeeq menjauh. Laura kembali masuk ke bilik, bayi diangkat keriba. Cuba ditidurkan kembali. Susu botol disuapkan, si bayi kembali diam menikmati minuman.

Tawfeeq juga meluru masuk, pintu bilik ditutup.

"Sayang, Trisya kat bilik tu." Laura menjegilkan mata.

Tawfeeq menghempas tubuh ke katil. Lantas pintu bilik dikuak. Dua tapak kaki melangkah masuk.

"Hurmm papa, teman la Icha. Hikss." Patung bear kelabu dibaling kepada Tawfeeq.

"Shh, adik tidur tu, jangan la bising." Tawfeeq berbisik, dia bangun duduk di birai katil. Ditarik tangan anak sulung mereka duduk diribaannya.

"Apa kata, kakak pejam mata macam tadi. Mesti dah sampai bulan." Tawfeeq memujuk.

"Eh apa pula gitu, sayang pergilah tidurkan dia." Laura mendengus.

"Haih awak lani, ajar dia tidur kena tepuk. Cuba awak pula tepuk dia. Saya nak tidur sini, nanti bukan dia yang lelap, saya yang lelap. Sudahnya tiap-tiap hari saya tidur dengan dia." Tawfeeq merungut. Anak perempuan mereka hanya diam melihat ibu dan ayah nya bertengkar dalam berbisik.

"Eh eh. Itulah awak nak anak ramai, baru sorang fiil macam itu. Macam mana yang dalam perut ni pula keluar nanti." Laura membebel. Bayi diletak kembali di atas baby cradle. Sudahlah anaknya susah mahu ditidurkan.

"Eh, sape suruh mengandung?" Tidak mahu kalah, Tawfeeq keluar mendukung Trisya.

Laura melopong. Eii! 

"Papa, tak baik cakap macamtu." Trisya mula membuka tazkirah. 

"Ala papa bergurau aje. Ha kakak tidur cepat."Pujuk Tawfeeq, tidak tahan kantuk.

"Papa tepuk la kakak. Mama cakap dulu papa selalu tepuk mama sampai mama tidur . Kakak nak juga.." Trisya mengungkit kembali cerita ibunya, suara seakan merajuk. Walaupun baru 2 tahun, tetapi petah berbicara.

Tawfeeq membetulkan pembaringannya. Tahulah, malam ini dia akan tidur disini lagi. Tidak tahan mata.

"Meh! meh! Haih bertuah la papa nak tepuk awak aje. Papa mengantuk dah ni." Tawfeeq menutup lampu tidur.

"Kenapa kita tak tidur dengan mama sekali. Tadi mama mesti merajuk dengan papa."Adu Trisya lagi.

Tawfeeq buka semula lampu, mata kuyu merenung anak perempuan nya. Ada aja akalnya.

"Yeka mama merajuk?" Soal Tawfeeq polos.

Trisya mengangguk laju. 

"Tapi papa kena tepuk kakak juga." Jari satu diangkat, patung bear masih erat dipeluk.

"Okay!" Tawfeeq dukung Trisya, dibawa kebilik sebelah.

"Kakak nak tidur sekali. Meh kita tepuk dia sama-sama." Tawfeeq membaringkan Trisya ditengah-tengah katil. Laura yang hendak baru tidur berkerut wajah. Tak fasl-fasal mereka perlu berhimpit. Tetapi tidak mampu berkata apa, malam sudah lewat. Dia pun sudah berjaga memujuk anak lelaki mereka tidur.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now