BAB 57

147 3 4
                                    

                "Khairul, kau rindu tak dekat Tawfeeq?" Hazriq bangun dari duduk di sofa bilik studio mereka. Mendekati Khairul yang sedang memetik kekunci Keyboard.

"Gila tak rindu, kali terakhir kita jumpa dia pun aku dah rasa rindu. Tawfeeq dah tak sama." Keyboard ditutup, dia fokus pada perbualan kali ini. Sebak rasa hati mengenangkan nasib sahabat mereka.

"Aku bukan apa, Tawfeeq itu baik. Kau ingat macam mana masa awal-awal dia jatuh cinta kepada Laura. Awal dia hadap masalah, aku masih diam sebab aku tahu itu masalah rumah tangga. Result test dia pun agak merundum. Bila aku tanya, dia kata dia lupa nak study. Pelik kan? Dia yang selalu ingatkan kita bila test nak dekat. Kau tahu, aku sebenarnya pernah ternampak dia scroll whatsApp gambar yang jenayah keganasan. Aku tak pasti la gambar apa, tapi semasa Tawfeeq tengok mesej itu, dia nampak tertekan. Bila aku tanya, dia cakap tak ada apa-apa. Bila aku kata dia boleh share cerita, dia kata itu masalah rumah tangga. Benda biasa dia boleh settle. Tak lama itu, semua nya jadi kes berat. Siapa sangka, hari ni dia terima ujian yang berat macam ini."Luah Hazriq, mereka semua masih bersedih dengan keadaan sepasang suami isteri itu. Dia mengambil duduk di tempat drum.

"Orang baik memang selalu diuji dengan ujian yang hebat. Sebab Allah tahu, mereka mampu lalui semua ini. Macam itu juga Laura, kita semua kenal dia seorang yang baik. Tetapi disebalik senyuman dia kita tak tahu penderitaan yang dia sudah lalui, penindasan dan kekejaman yang dia sudah terima." Khairul meluah juga tetang pandangannya, pasangan itu benar-banar tabah.

"Sebelum ini apa-apa masalah dia aku dengar, masalah aku dia dengar. Sekarang aku tengok dia aku rasa sedih, aku tak mampu nak berkongsi apa sebab aku rasa dia dah cukup terluka. Kau tak rasa macam aku ke Khairul?"

 Khairul mengambil tempat disisi Hazriq. Dia duduk bersandar pada dinding.

"Kau tahu tak, aku rasa serba salah sangat sekarang. Okay apa yang jadi sekarang mungkin takdir yang Allah dah tentukan, tetapi semua nya permulaan adalah aku."

Hazriq kerut wajah, menunggu Khairul menyambung bicara. Membuka cerita.






                  Khemah dibuka, dia kalih melihat khemah sebelah milik Hazriq dan Tawfeeq. Tetapi Tawfeeq tiada. Dia mempunyai akal, jadi dia teruskan niat. Topeng muka putih berserta rambut panjang dipakai. Telefon dan kamera dicapai. Dengan internet yang cepat, dia merakam keadaan sekeliling hutan.

"Mana setan dekat sini, taknak berkawan dengan aku ke?" Kamera dirakam sekeliling, tiba-tiba satu kelibat melintas.

"oh my god, oh my god, oh my god." Khairul lari bersembunyi di dalam semak-samun.

Dush!!

Kelibat dilihat dari jauh, terjatuh. Camera di zoom. Susuk lelaki dia renung. Gelap, dia tidak dapat melihat dengan jelas. Kemudian terdapat pergerakan yang agak aneh. Khairul menurunkan kamera, di buka topeng. Sayup-sayup suara tangisan perempuan kedengaran. Khairul berfikir dalam-dalam, apa yang terjadi sebenarnya?

Dia mendengar lagi suara pujukan, diangkat kembali kamera, dia besarkan lagi imej yang dirakam. Satu yang dia dapat melihat, sepasang kekasih sedang berasmara, mungkin si gadis sedang dipujuk rayu.

"Tak boleh jadi ni, dalam hutan pun berzina. Entah-entah perempuan tu dah kena tak? lepas itu, setan tu pujuk lagi. Patutlah dekat sini banyak penangkapan. Aku nak panggil coach! Tunggu eh setan, kau buat aniaya dengan perempuan kan." Khairul bangun, dia turun memanggil Coach atau pelatih yang mengetuai mereka. Pelatih yang sedang tidur diatas buaian dikejutkan.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now