BAB 31

102 3 0
                                    

Trigger Warning:

Chapter ini mengandungi penderaan fizikal dan gangguan seksual. Pembaca tidak digalakkan membaca chapter ini sekiranya tidak kuat. Ambil nafas, sentuh dada,sama-sama kita berdoa semoga kita dilindungi dari perkara ini. Amin..

-P.Z-






              Keesokan pagi selepas sarapan, mereka akan bergerak dari resort untuk ke pantai dimana terdapat aktiviti menaiki bot. Di antara mereka akan ada yang menyertai aktiviti snorkeling. 

Laura dan Arash tidak turun untuk snorkeling. Arash tidak turun kerana dia tidak meminati aktiviti itu. Sampai di pertengahan laut, yang lain turun. Tinggallah Laura dan Arash di atas bot.

Arash memandang lama ke arah Laura, dia mahu berbual sesuatu. Tetapi melihatkan Laura yang diam melihat Tawfeeq dan yang lain di bawah laut, dia tidak tahu bagaimana harus memulakan. Perlahan Arash membetulkan suara.

"Laura, okay ke?" Dia melirik tangan Laura yang saling bertaut, menggelentar. Takutkan dia kah.

"Okay, kenapa." Laura memandang wajah Arash, buat pertama kali Arash rasakan Laura memberikan tumpuan ketika berbual dengan nya.

"Aku nampak tangan kau mengelentar. Kau kena serang anxienty ke?" Prihatin dia bertanya, Tawfeeq sudah memesan untuk dia menjaga Laura.

Laura tunduk, dilihat ke dalam kedua-dua telapak tangan nya. Dia menggelentar tanpa sebab. Yang dia tahu, memang dia sedang segan sekarang. Padahal dia yang mengizinkan untuk Tawfeeq turun laut. Membiarkan dirinya hanya ditemani Arash.

"Ash tahu?" Laura menyoal kembali, malu pula rasa apabila orang lain menyedari keadaannya.

"Kau dari awal selalu menyendiri, menggelentar. Sorry kalau buat kau tak selesa. Tapi kau okay bercuti dekat sini?" Arash masih mahu mengajak berbual, mungkin dengan cara ini dapat menghilangkan resah di hati Laura. Dia tidak mahu hubungan nya dengan Laura canggung. Mereka akan banyak bertemu muka. Laura juga kawan mereka sekarang, seperti keluarga.

"Selagi Tawfeeq ada, Laura okay." Laura berterus terang. Ulas bibir mengukir senyum, terhibur dengan jawapan sendiri. Mengada!

"Ye betul lah tu." Arash ketawa kecil, geli hati mendengar jawapan Laura. Indah betul hubungan pasangan muda ini.

"Apa-apa pun Laura, aku doakan rumah tangga korang berkekalan hingga ke jannah. Dipermudahkan segala urusan, dan dengan izin Allah, bina keluarga kecil yang sakinah." Ikhlas Arash meluahkan doa nya untuk perkahwinan Laura dan Tawfeeq.

"Terima kasih Ash." Laura menghadiahkan senyuman kepada Arash, dia rasa sedikit tenang sekarang.

"Cak!"

Terhijut bahu Laura disergah Tawfeeq dari belakang.

"Sayang!" Laura kalih memandang Tawfeeq. Dikuis-kuis rambut Tawfeeq yang melekap pada pelipis. Tawfeeq sengeh hingga ke telinga. Seronok kenakan Laura.

"Borak apa tu?" Tawfeeq mengerling Arash yang sedang mengulum senyum ke arah mereka berdua.

"Borak macam mana nak bina rumah tangga yang bahagia." Dihujung bicara Arash ketawa mesra.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now