BAB 51

104 3 0
                                    

          Tegang, takut bercampur lega, tetapi tetap resah melihatkan sahabat mereka yang hanya diam. Jatuh perasaan kesal. Tidak tahu kalau semuanya belum berakhir. 

"Ash, kau tahu semua ni tak selesai lagi tapi kau tak bagi tahu kami." Khairul marah dalam berbisik, bahu Arash ditolak kasar. Cukup untuk menyedarkan Arash, semuanya menjadi rumit sekarang.

"Aku bukan niat nak ketepikan korang. Isu ni tentang Laura, tak semua benda kita boleh ambil tahu. Tawfeeq yang minta aku untuk rahsiakan. And one thing, dia sendiri bagitahu aku, untuk ikut majlis itu adalah jalan untuk dia jumpa perempuan itu." Arash membela diri. Rasanya tidak ada salah sesiapa, tiada siapa menjangkakan apa yang mereka lalui tadi. Lagi pula, Tawfeeq mula tidak memercayai sesiapa.

"P..pe..perempuan?" Tergagap Hazriq bertanya, rasanya mereka lebih takutkan penjahat perempuan.

Khairul yang awalnya mendengus, terus kejung setelah perkataan perempuan yang terkeluar dari mulut Arash.

Arash kalih melihat Tawfeeq yang sedang duduk termenung di meja kecil di tengah ruang tamu. Hazriq dan Khairul turut memandang ke arah yang sama. Mereka faham sekarang, semakin banyak rahsia yang mengelirukan.

Arash melangkah naik ke studio, dua orang itu mengekori dari belakang. Sesuatu perlu dibincangkan, meja bulat akan dibuka. Tawfeeq dibiarkan berseorang, mereka tidak akan mengganggunya.

Khairul menutup pintu studio. Sekurang-kurangnya kehadiran Tawfeeq nanti akan disedari apabila bunyi pintu dibuka. Mereka berdiri dekat dihadapan Arash, ada sesuatu yang akan dibualkan.

Arash memberi isyarat agar mereka mendekatkan telinga ke wajah Arash. Mereka menurut. Arash menelan liur beberapa kali.

"Aku dapat bercakap dengan perempuan tu."

Meluas mata Khairul dan Hazriq. Mereka tunduk melihat telefon bimbit ditangan Arash. Tiba-tiba Arash menepuk dahi.

"Khairul, dalam bonet kau. Ada lelaki yang aku pukul!"

Khairul melopong, sudah 10 minit mereka sampai di rumah, ada makluk lain tertinggal di dalam bonet!

Bergegas Khairul dan Arash turun. Tawfeeq hanya diam, tidak mengendahkan kekalutan mereka yang melintas laju di hadapannya. Lelaki dari bonet diangkat Khairul. Ya, sejak mengangkut Afsar tadi telah membuat dia terobsesi untuk mengangkut orang dibahunya.

Cepat-cepat mereka bawa ke dalam rumah. Tawfeeq yang baru mengangkat wajah, berkerut seribu. Arash dan Khairul hanya senyum menunjukkan barisan gigi. Senyum orang berbuat dosa sunat. Bergegas memanjat tangga. Tawfeeq juga bergegas mengekori mereka.

Dejavu, mereka menculik orang lagi. Tawfeeq mencangkung di hadapan lelaki itu. Masih pengsan.

"Mana kau kutip budak ni Ash?" Tawfeeq bertanya dengan wajah tegang. Mood nya sedang berapi sekarang.

"Bawah pokok, tengah bercakap dengan perempuan tu. Perempuan tu nama panggilan dia Cik Bunga. Betullah nama rumah tu pun teratak Bunga Diseri Kumbang." Arash berpeluk tubuh, mendekati Tawfeeq dan lelaki yang duduk di atas kerusi serta berikat. 

"Kau dapat tahu siapa perempuan tu?" Tawfeeq menyoal lagi.

"Aku tak tahu siapa dia, yang pasti dia tahu aku siapa. Aku keluar aje suara, dia tahu aku Ash." 

Tawfeeq keluh, siapa perempuan ini hah?

"Sekarang ni aku dah dapat nombor phone dia. Dalam kereta tadi aku dah acak dia dekat mana. Kau rasa, dia ada dekat mana?" Arash mengajak berteka-teki.

"Dekat dengan kawasan rumah kita?" Khairul meneka.

Arash geleng sambil bibir mencebik.

"Dekat mana?" Tawfeeq sudah malas mahu berfikir.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now