BAB 16

164 4 4
                                    

               Laura berjalan menuju ke dalam bilik. Hari ini, Huda yang menghantar nya pulang. Tawfeeq perlu bertemu rakan-rakan nya untuk menyiapkan content mereka. Hal beberapa hari lepas dibiarkan bertebaran dalam kotak fikiran, masih membelengu dirinya. Dan hari ini dia mahu meluah kepada sesorang yang nyaman. Laura sudah meminta izin untuk menjemput Aisyah ke rumah.

"Aisyah, kau macam mana sekarang?" Kopi hitam yang jelas kepekatannya dihidang. Itulah minuman kegemaran Aisyah.

"Macam ni lah stay single, hurm." Aisyah menari-narikan jari pada bibir cawan kopi. Jarinya yang yang runcing berserta nail polish bewarna hitam menampilkan aura gelab di dalam diri nya. Diri Aisyah yang dulu terserlah dengan sifat feminin telah lama berubah dingin. Kini hanya Laura yang mengenalinya sebagai Aisyah yang sama.

"Kau tak habis-habis nak bahan aku, nak kena luku." Laura mencebik, rambut depan yang mengurai dijepit dengan penyepik rambut kecil. Dirumah dia akan memakai inspo dress. Kali ini dengan rona warna kuning cerah. Tawfeeq mengatakan bahawa Laura cantik memakai dress seperti ini. Menampilkan imej gadis dengan kelembutan. Kata Tawfeeq, 'sejuk mata memandang bercambah bunga di hati'. Mengada!

"Harus lah. Bahagia nya kau, pipi tu dah naik. Hehehehe, muka aku je makin cengkung." Aisyah senyum kelat. Cemburu melihatkan sahabatnya yang sudah berumah tangga.

Ucapan Aisyah yang berterus terang kedengaran mesra ditelinga Laura. Buat dia melorekkan senyum.

"Tawfeeq cakap, pipi aku comel. So dia tak kisah kalau aku gemok sekali pun. Senang dia nak ganyang aku." Laura bercerita dengan riangnya. Mata bersinar-sinar mengingatkan reaksi Tawfeeq ketika mengungkapkan hal itu. Tanpa diduga,

PRUFT!

Tersembur kopi. Lekas cawan diletak kembali diatas meja. Belakang tangan naik menyentuh bibir. 

"Eh kau okay tak Aisyah?" Panik! Cepat-cepat Laura bangun, tisu dicari.

"To much Nur Laura Sofia. Kau langsung tak hormat aku. Nasib baik baju aku hitam." 

Aisyah melibas-libas tudung selendang hitam nya yang kebasahan. Baju dress bahagian paha juga dilibas, panas disebabkan tumpahan kopi. Tisu ditarik banyak. Sesekali mata menjeling panas ke arah Laura yang terpinga-pinga.

"Apa yang to much nya, aku tak faham? Tak mati pun kan kalau kena ganyang dengan suami." Dengan riak wajah yang tidak bersalah, Laura membela dirinya. Terdengar sedikit rajuk dihujung suara. Bibir memuncung, tidak lama dia kembali tersenyum. Meja disembur dengan air bersih, tangan cekap mengelab meja dengan tuala.

"Tak payah lah cerita hal dalam selimut. Aku sumpah juga kau jadi pokok kang!" Aisyah mendengus. Sengal betul si Laura ni. Nak aje dia luku budak ni!

"Apa main selimut pula. Aku cuma cakap the fact that it's my husband hobby." Dengan bangga Laura mempertahankan diri. Bibir merah mengulum senyum, tangan lembut mengelap meja membersihkan kesan semburan kopi tadi. fikiran nya hanyut kepada Tawfeeq.

"Enough Sofia, stawp!" Aisyah angkat tangan tanda tidak tahan. Sedangkan Laura sudah melepas tawa. 

"Aduh penat betul aku sembur air kopi. Otak kau tak bekerja lebih juga?" Aisyah menepuk dada, sesak trakea. Rasa sudah menyembur kopi dengan kekuatan daya yang tertinggi. Seiring otak nya membayangkan. Oh gila betul! Dirty mind Aisyah!

Laura hanya melirik Aisyah dengan senyum sumbing nya. Sedang bahagia mengenangkan suami terchintah!

"Sofia, kau kenal otak aku ni macam mana. Tolong jangan cakap bukan-bukan." Serak suaranya berkata, sumpah dia penat. Tekak tidak lepas menelan liur yang agak perit dek kopi panas yang  ditelan lebih tadi.

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now