BAB 2

271 9 0
                                    

       Hari pertama perkuliahan bermula. Seharusnya menjadi hari yang baik untuk aku, tetapi aku yang awal-awal sudah bermasalah. Aku lupa mengunci jam lebih awal. Mana tidaknya, sekarang sedang bendera jepun. Salah sendiri, sekarang tergopoh-gapah mencari dewan kuliah. Sesat. Ini yang aku rasakan.

"Laura, ini semua salah kau. Tulah sedap tidur je layankan sakit perut tu sampai lupa diri. Cepatlah lif ni pun. Kenapa main parking  pulak". Aku membebel kepada diri sendiri.

Terlewat, Laura melihat-lihat jam di pergelangan tangan. Dia sudah tidak sabar menunggu.

"Haish, naik tangga sajalah". Bengang dengan lif yang tidak tebuka sejak tadi, dia bergegas mencapai pintu tangga kecemasan.

Pap!! 

Terdongak Laura apabila sesuatu objek hitam yang keras berlanggaran tubuhnya sejurus dia membuka pintu. Dek kerana pelanggaran yang kuat, tubuh nya terdorong kebelakang. Dia memejamkan mata, sedia untuk jatuh tumbang kebalakang. Namun, sempat ditahan oleh satu tangan kekar yang melingkari belakang tubuhnya. Sepasang mata redup, merenung kedalam wajahnya. 

Memiliki kulit yang bersih kemerahan. Kening nipis dan bibir lembab merah jambu. Sentuhan riasan yang ringkas namun cukup menggetarkan rusuk lelakinya. Tawfeeq terpaku, kedua-dua tangan si gadis telah melekap pada dada bidangnya. Situasi ini tidak pernah berlaku sepanjang hidupnya.

"Aih, Tawfeeq. Kenapa keras depan pintu ni. Aku ni nak balik tidur tau. Kelas dah habis". Hairan yang dirasakan rakan-rakan dibelakang. Hazriq memberhentikan tubuh secara mengejut, menepuk-nepuk beg galas Tawfeeq.

Rakan-rakan yang lain, mereka terdiam. Peka mendengarkan jeritan kecil seorang perempuan, mereka tahu sesuatu telah berlaku. Jejaka jaguh mereka telah terlanggar pelajar siswi. Khairul menyiku-nyiku Afsar dan Arash. Mereka melihat kaki Tawfeeq memijak kain gadis di dalam dakapannya. Lantas mereka menahan tawa. Kalau kesudah Tawfeeq tidak sedar kesalahannya, sampai esoklah mereka beratur di situ.

Laura mengeras, dia tahu dia bersalah sekarang. Bukan dia tidak menangkap bauan kuat minyak wangi lelaki. Dia diamkan diri kerana perasan, kaki nya sudah dikunci. Kainnya telah dipijak. Dia memakai baju kurung kaklong yang labuh hari ini. Hazriq yang baru perasan akan isyarat Arash, terus menendang belakang lutut Tawfeeq. 

Dush!

Terlepas rangkulan pada Laura. Namun dek terkejut.. 

Prakk!!

Tindakan Laura yang mengundur cepat menyebabkan kain baju kurungnya terkoyak. 

Tercengang, Laura mengepit-ngepit kakinya. Dia hanya menunduk melihat koyakan pada lipatan belah baju kurung johor yang dipakainya. Cukup jelas. Tidak sanggup melihat hadapan, dia terus menerobos masuk pintu tangga. Tawfeeq yang masih mengeras dilanggar, Khairul dan yang lain membuka laluan. Terkejut melihat kejadian itu, semua terdiam. Perlahan Arash mendekati Tawfeeq.

"Tawfeeq, kau okay tak?.. kain dia weah.." Arash menunjuk ke arah Laura yang laju memanjat anak tangga.

Reaksi Tawfeeq yang tidak menutup mulut membuatkan mereka diam seribu bahasa. Mana tidaknya, Tawfeeq seorang yang tidak suka didekati dengan mana-mana perempuan. Biasanya jika disentuh akan melenting. Melihatkan situasi tadi, adalah keadaan yang luar biasa.







HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now