BAB 54

113 3 2
                                    

Trigger Warning: Chapter ini mengandungi penderaan fizikal dan gangguan seksual. Pembaca tidak digalakkan membaca chapter ini sekiranya tidak kuat. Ambil nafas, sentuh dada, sama-sama kita berdoa semoga kita dilindungi dari perkara ini. Amin..

-P.Z-


Aku Nur Laura Sofia. Beberapa tahun yang lalu.. Kisah ku pernah berubah gelab..

Aku menulis sesuatu di dalam buku,sedang menyiapkan tugasan sekolah. Aku duduk di meja ruang tamu. Tahun ini aku akan menjalani Ujian Pentaksiran Tingkatan 3. Aku memandang Angah di sofa yang dari tadi memandang lama ke arahnya.

"Ye? kenapa angah tengok adik macam tu?" Aku menyoal hairan.

Angah turun duduk dihadapan aku.

"Adik nak kerja tak? kerja sambilan? Tak susah pun, tapi duit masuk."

Aku diam berfikir sejenak, kerja senang tapi duit masuk? Kerja apa?

"Angah buat kerja tu ke? Kerja apa?" Aku menyoal kembali.

Angah tidak menyambung pengajian kerana tiada kelayakan, memandangkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia nya yang kurang memuaskan. Setelah berbincang dengan semua ahli keluarga, angah diizinkan untuk terus bekerja. Ketika ini umurnya 21 tahun, 6 tahun jarak umur dari ku.

"Kau jawab nak atau tak aje, cepat." Angah seakan tidak sabar menunggu.

"Kalau dah angah kata senang, adik ikut lah." Malas-malas aku menjawab. Di fikiran aku yakin kerja itu tidak susah seperti yang angah kata kan, memandangkan dia tentu tahu aku sibuk dengan persekolahan.

"Nanti kau ikut aku. Janji kau jangan bagitahu sesiapa." Angah mengangkat jari kelingking.

"Kenapa pula? Kalau adik nak kerja, mestilah adik kena minta izin ayah dengan ibu, kerja apa yang sampai kena berahsia ni angah? Macam pelik je?" Aku mula curiga.

"Alah adik, kau dah kata 'nak' kan tadi. Jangan lah tanya banyak."

"Yelah , adik tak bagitahu sesiapa. Tapi kalau jadi apa-apa dekat adik, Angah kena bertanggungjawab." Aku angkat jari, memaut jari kelingking angah. Dia usap kepala aku sebelum berlalu masuk ke biliknya.










Suatu hari, selepas pulang dari sekolah, Angah membawa aku untuk bekerja seperti yang dia janji, kerjanya mudah. Ya, aku akui kerjanya memang mudah. Tetapi mengapa rasanya aku terluka?

Aku dan Angah pulang lewat petang, kalut-kalut aku berjalan rapat dibelakang Angah. Langsung tidak mengangkat wajah memandang Along dan Kaklong di meja dapur.

"Hah baru balik, Ayah dengan Ibu cari adik tadi. Diorang nak bawak adik pergi pekan. Adik cakap nak beli barang kan?"

Tersentak. Aku angkat wajah memandang Angah, Angah kalih pandang aku memberi pandangan amaran. Helmet yang dipegang jatuh ke sisi. Angah pandang Along, dia yang mahu menjawab.

"Ouh, tadi kita kata nak keluar beli kan? Dah sampai rumah dah. Adik kenapa tak ingat kan? Risau sangat tengok langit dah nak senja." Angah menjeling aku yang tunduk menikus menyembunyikan wajah, tangan menggenggam bawah baju seragam sekolah.

"Along ingat kau keluar bawa dia shopping. Pastu ni korang dari mana? Asal adik macam takut tu?" Soal Along hairan.

Angah memandang aku sekilas, isyarat mata diberi. Cepat-cepat aku berlalu masuk ke bilik.

"Dia kena marah dengan cikgu, sebab kerja sekolah dia rosak. Cikgu ada call kau tak Along?"

"Lah iya ke? tak ada pulak. Itu lari masuk bilik tu takut dengan aku ke dengan Ayah?"

HIS LAURA:BUNGA TERAKHIR | CWhere stories live. Discover now