CHAPTER 4 | HAMPIR DICULIK.

338 10 0
                                    

"Saya tak mahu terikat dengan Tuan Weir untuk seumur hidup saya." Kata-kata itu masih terngiang-ngiang ditelinganya. Sederhana namun sangat melukakan hatinya. Dia sanggup menggadaikan seumur hidupnya asalkan gadis itu bersama dengannya.

"Weir?." Tuan Thaddeus memanggilnya.

"Ya, ayah." Weir Thaddeus menghampiri ayahnya.

"Bagaimana dengan keluarga Tuan Jayce?." Tuan Thaddeus mula menyoal anaknya itu.

"Mereka akan membayarnya secara beransur-ansur, ayah."

"Kamu perlu memastikan agar mereka membayarnya, Weir. Jangan biarkan mereka terlepas."

"Ayah jangan risau, anak gadisnya berada didalam cengkaman kita. Mereka tidak akan dapat melarikan diri daripada kita." Tuan Thaddeus angguk kepala. Dia tidak pernah meragui kemampuan anaknya ini.

"Aku tak kisah jika perlu mengorbankan seumur hidup aku bersama dengan kau, She." Dia tersenyum apabila mengingati kata-kata lelaki itu. Adakah ianya benar atau pun sekadar untuk bermain sahaja?

Pintu biliknya diketuk.

"Masuk!." Muncul wajah Lila Arianna sedang tersenyum ke arahnya.

"Hai kakak!."

"Hai. Shea belum tidur lagi?." Soal Lila Arianna lalu melabuhkan punggungnya disebelah adiknya di atas katil itu.

"Belum. Shea baru lepas melukis. Ada apa kakak ke mari? Ada apa-apa yang terjadi ke?." Soal Shea Marrietta dengan risau. Lila Arianna tersenyum.

"Tak. Kakak cuma ingin beritahu Shea, yang kakak akan berkahwin tidak lama lagi. Rupert tidak ingin menunda lagi tarikh perkahwinan kami berdua." Ujar Lila Arianna.

"Wah! Tahniah kakak! Shea gembira. Sangat gembira!." Shea Marrietta memeluk erat Lila Arianna.

"Tapi, kakak tetap akan membantu ayah untuk selesaikan hutang-hutang itu. Kakak tidak akan tinggalkan ayah dan kamu semua."

"Kakak, Shea pun akan bantu sedaya-upaya Shea." Mereka saling menggengam erat tangan.

"Kakak tahu kakak boleh harapkan Shea." Mereka berdua berpelukkan dengan erat.

"Kakak?." Tegur Ellie Violet yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan pintu bilik itu.

"Hey, Ellie sayang! Datang ke sini!." Ajak Lila Arianna sambil menghulurkan tangannya. Ellie Violet berlari kearah Shea Marrietta dan Lila Arianna dengan senyuman gembira. Mereka bertiga berpelukkan erat.

"Walau apa pun yang terjadi, kita bertiga jangan berpisah. Okay?." Pesan Lila Arianna.

Shea Marrietta dan Ellie Violet angguk kepala.

"Baik!." Jawab mereka berdua serentak lalu ketawa dengan gembiranya. Tuan Jayce yang mendengar suara ketawa anak-anaknya itu tersenyum bahagia. Cuma anak-anaknya sahaja yang menjadi semangat dirinya buat masa ini. Dia lelah, hampir menyerah kalah, namun apabila memikirkan tentang ketiga-tiga anak gadisnya, dia mulai bersemangat untuk membahagiakan mereka bertiga. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengekalkan kebahagiaan ketiga-tiga anak gadisnya itu.

 Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengekalkan kebahagiaan ketiga-tiga anak gadisnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now