Martin Jones mendengus kasar.
"Aku akan tunaikan impian kau untuk bebas, Rupert. Kau akan bebas untuk selama-lamanya. HAHAHAHAHA!." Christina Xavier mengintai di celah daun pintu itu merasa pelik dengan tingkah laku suaminya itu. Kini, hubungan mereka berdua tampak baik. Lelaki itu juga banyak berubah, melayaninya dengan sangat baik sekali. Sangat jauh daripada kelakuannya sebelum ini. Ini membuatnya sangat bahagia melayari bahtera perkahwinan ini.
"Kamu mengintai apa, Christina?!." Tuan Xavier bertanya kepada anaknya itu.
"Err Martin, Daddy." Jawab Christina Xavier sambil memandang wajah ayahnya itu.
"Kenapa dengan Martin? Dia buat perangai lagi?."
"Tidak!."
"Kamu yakin?." Tuan Xavier tidak yakin dengan menantunya itu. Dia merasakan seperti Martin Jones sedang merancang sesuatu dan berpura-pura baik terhadap anak gadisnya itu.
"Ya, Daddy! I yakin dengan Martin. He's my husband, right?."
"Mmm baiklah." Tuan Xavier membalasnya. Anak gadisnya itu sudah terlalu mencintai lelaki itu, mana mungkin dia akan mempercayai jika dia mengatakan bahawa Martin Jones hanya berpura-pura baik terhadapnya.
Christina Xavier mengikuti langkah Tuan Xavier menuju ke laman kediaman 2 tingkat itu.
"Christina... Kamu adalah satu-satunya anak Daddy. Kamu tahu, bukan?."
"Ya, I tahu."
"Daddy ingin kamu sentiasa berhati-hati biarpun dengan suami sendiri."
"Apa maksud Daddy?."
"Daddy merasakan suami kamu itu sedang merancang sesuatu."
"Tak mungkin, Daddy!."
"Mmm Daddy cuma minta kamu untuk berhati-hati saja."
"Daddy.."
"Sayang?." Martin Jones memanggil namanya sambil berjalan menghampiri mereka berdua.
"Ya, sayang?."
"I ingin keluar sebentar. I ada urusan dengan seorang teman I. Tunggu I pulang, ya?." Bisik Martin Jones dengan nada romantis membuatkan Christina Xavier tersenyum malu.
"Baiklah. Jangan lama-lama, ya?."
"Baik... Mmm Daddy, I keluar sebentar."
"Mmm baiklah." Tuan Xavier menjawab dengan ringkas sambil memerhatikan kelakuan menantunya itu. Entah mengapa dia merasakan kelakuan lelaki itu seperti dibuat-buat sahaja, tidak neutral. Terlalu canggung untuk lelaki yang panas baran seperti Martin Jones.
...
"Tuan Martin!." Tegur Rupert Charles dengan gembira.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...