Cik Juliet pulang ke kondominium itu didalam keadaan yang marah. Pipinya masih berbekas merah disebabkan tamparan lelaki itu.
"Ish! ARGH!." Handbag hitam dicampak ke atas katil.
"Shea Marrietta! Kali ini aku akan memastikan Weir akan membenci kau sungguh-sesungguhnya!." Pipinya diraba-raba di hadapan cermin itu. Telefon bimbitnya dicapai, dia ingin menangkap beberapa keping gambar pipinya itu dan akan menghantarnya kepada wanita itu. Pasti wanita itu akan menjauhkan dirinya daripada Weir Thaddeus.
Bunga ros putih itu dibelek-belek dengan jarinya yang runcing itu. Dia senyum. Jiwanya tenang saat memandang ke arah setiap kelopak putih yang mewangi itu.
BMW M4 hitam milik Weir Thaddeus berhenti dihadapan kediaman mereka, ditangannya juga sedang memegang jambangan bunga ros putih kesukaan isterinya. Ketika itu, Shea Marrietta sedang berada didalam bilik mereka sedang bersiap-siap untuk menyambut kepulangan suaminya itu. Selama dia memegang status sebagai Puan Weir, dia tetap akan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri sebaik yang mungkin.
Lagi pula, suaminya itu juga sudah menunjukkan sedikit perubahan yang pasif. Biarpun hubungan mereka berdua semakin membaik, suaminya itu tidak pernah mengambil kesempatan ke atas dirinya. Jadi, selagi dia tidak melakukan apa-apa yang tidak disukai oleh suaminya, mereka pasti akan baik-baik sahaja. Dan, ketika itulah dia akan cuba melembutkan hati dan perwatakan kasar seorang Weir Thaddeus.
Dia senyum.
"Selamat pulang, Tuan Weir." Kat menyapanya.
"Dimana Puan Weir?."
"Puan berada diatas. Sedang membersihkan dirinya. Puan masak banyak hari ini, Tuan." Beritahu Kat sambil tersenyum.
Weir Thaddeus senyum.
"Puan tidak keluar ke mana-mana?."
"Tidak. Puan hanya duduk dan berehat saja. Saya melarang Puan untuk melakukan apa-apa tugas kecuali memasak untuk Tuan." Jelas Kat.
Senyuman Weir Thaddeus semakin lebar.
"Baik. Bagus." Dia terus melangkah naik ke tingkat atas sambil membawa jambangan bunga ros putih itu. Dia tidak sabar ingin menemui isterinya itu.
Jarinya membutangkan pakaian yang dipakainya. Manakala, rambutnya yang basah itu dikeringkan menggunakan hair dryer. Dan ketika itulah, Weir Thaddeus membuka pintu bilik itu dan melangkah masuk kedalamnya.
Shea Marrietta menoleh ke arahnya. Mereka berbalas pandangan dan senyuman. Weir Thaddeus melangkah menghampiri isterinya dengan senyuman, manakala Shea Marrietta juga turut tersenyum sambil memandang ke arah jambangan bunga ros putih yang berada didalam tangan suaminya itu.
Jambangan bunga ros putih itu dihulurkan kepadanya.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
Lãng mạnKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...