CHAPTER 20 | LILA ARIANNA MELARIKAN DIRI.

461 11 0
                                        

Ketika kereta Weir Thaddeus ingin membelok ke kanan, mereka terlanggar seorang wanita yang tiba-tiba sahaja meluru ke arah keretanya yang sedang bergerak. Wanita itu rebah. Weir Thaddeus dan Thor melangkah keluar daripada kereta itu, dan apabila diamati wajah wanita itu, ternyata itu adalah Lila Arianna. Wajahnya kusam dan tubuhnya juga semakin kurus. Seperti tidak terurus. Tanpa membuang masa, Weir Thaddeus terus mencempung tubuh wanita itu dan memasukkannya ke dalam kereta.

Bagaimana wanita ini boleh melepaskan diri? Wajah dan tubuh wanita itu dipenuhi dengan kesan-kesan lebam, seperti telah didera. Dia mengamati wajah wanita itu dengan perasaan simpati.

"Mungkin saya tak dapat mengembalikan Ellie dan Tuan Jayce, tapi saya akan kembalikan Lila Arianna kepada awak, She. Dan saya akan mengembalikan senyuman manis awak itu. Saya berjanji." Itu janjinya.

"Saya nak awak sendiri yang hantarkan lukisan ini ke pejabat saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya nak awak sendiri yang hantarkan lukisan ini ke pejabat saya." Terngiang-ngiang ditelinganya kata-kata lelaki itu. Seorang lelaki yang masih suka memberikan arahan dan semua orang harus mengikutinya.

Menyebalkan!

"Huh!." Namun tangannya masih juga membungkus sebuah lukisan mawar putih yang telah dibeli oleh Weir Thaddeus.

"Rosella, saya keluar sebentar, ya. Jika ada apa-apa, awak boleh hubungi saya."

"Baik, Cik Marrietta."

Shea Marrietta tiba di Perusahaan Thaddeus bersama-sama dengan lukisan yang telah dibeli oleh Weir Thaddeus itu.

"Hai, saya Cik Marrietta. Boleh saya bertemu dengan Tuan Weir?."

"Oh. Tuan Weir masih belum sampai. Cik Marrietta boleh menunggu didalam pejabatnya. Silakan." Wanita itu terus menunjukkan arah bilik pejabat lelaki itu.

"Cik Marrietta sila tunggu sebentar, ya." Pesan pembantu wanita itu.

"Terima kasih." Balas Shea Marrietta tersenyum.

"Sama-sama." Pintu pejabat itu ditutup rapat.

Shea Marrietta memandang ke sekeliling bilik itu, dan meneliti disekelilingnya. Dengan perlahan-lahan, dia mengamati keseluruhan ruang itu. Dan, langkahnya terhenti di meja menulis. Kemas dan teratur. Diatas meja itu, terdapat beberapa frame gambar. Setiap gambar itu diteliti, dan pandangan matanya tertumpu pada sekeping gambar yang diambil pada 5 tahun yang lalu. Lelaki itu masih menyimpan gambar ini?

Frame itu dicapai.

Gambar mereka bertiga ketika bermain-main ice skating. Wajah si kecil yang sentiasa dirinduinya. Senyuman mereka ketika itu kelihatan sangat ceria dan bahagia. Kini, senyuman itu telah dibawa pergi bersama-sama ayah dan adiknya.

Wajah adiknya itu dielus dengan lembut.

Dia larut didalam perasaannya. Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka. Muncul wajah Weir Thaddeus. Dia menyeka air matanya dengan cepat dan meletakkan kembali frame gambar itu ke tempat asalnya.

SWEET POISON | COMPLETEStories to obsess over. Discover now