CHAPTER 53 | TERPALIT DENGAN SKANDAL PEMBUNUHAN.

163 5 0
                                    

"Maafkan kami, Puan Weir. Namun segala bukti siasatan mengenai kes pembunuhan Juliet Norman ini tertuju kepada Tuan Weir Thaddeus. Kami terpaksa menahan suami Puan untuk sementara waktu ini." Ujar Det. Kelvin.

Kakinya bagaikan tidak pijak di lantai ibu pejabat polis Krakow itu saat mendengar kata-kata Det. Kelvin itu. Suaminya ditahan ekoran kes pembunuhan itu. Adakah suaminya itu benar-benar terlibat atau pun tidak?

"Boleh saya berjumpa dengan suami saya?."

"Boleh." Shea Marrietta dibawa pergi ke sel lokap yang menempatkan suaminya.

"Weir Thaddeus, ada orang ingin bertemu dengan kamu." Weir Thaddeus menghampiri gerigil besi lokap tersebut tatkala melihat wajah isterinya.

"Weir..." Panggil Shea Marrietta dengan nada sayu.

"Love..." Mereka saling menggengam erat tangan mereka.

"Awak baik-baik saja didalam? Makanan okay? Tidur?." Soal Shea Marrietta dengan sedih. Dia tidak pernah melihat keadaan suaminya seperti itu.

Weir Thaddeus cuba untuk senyum.

"Saya baik, love. Jangan risaukan saya." Weir Thaddeus mengusap lembut pipi isterinya itu.

" Weir Thaddeus mengusap lembut pipi isterinya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Weir..."

"She.. Saya tak lakukannya. Percayalah. Memang betul saya ada pergi menemui Juliet pada hari dia dibunuh namun bukan saya pelakunya."

Lama Shea Marrietta memerhatikan wajah suaminya itu. Jika diikutkan faktanya, memang Cik Juliet mempunyai ramai musuh yang ingin membunuhnya termasuklah Puan Delis. Namun, dia keliru dengan situasi ketika itu. Tetapi dia tekad untuk mengikut kata hatinya.

Dia tersenyum ke arah suaminya itu.

Shea Marrietta melangkah menghampiri Det. Kelvin diikuti oleh Ken dan Thor.

"Puan Weir, ada apa yang boleh saya bantu?."

"Det. Kelvin, saya membenarkan untuk anda menahan Tuan Weir untuk sementara waktu ini. Sekurang-kurangnya sementara siasatan kes ini berjalan." Ujar Shea Marrietta membuatkan Ken dan Thor terkejut dengan keputusan itu.

Det. Kelvin angguk kepala sambil tersenyum, manakala Thor dan Ken saling berpandangan. Mereka tidak mengetahui apakah maksud isteri bosnya itu.

Setelah Shea Marrietta pulang, Det. Kelvin pergi menemui Weir Thaddeus.

"Tuan Weir, kami terpaksa menahan anda untuk sementara waktu ini. Dan perkara ini telah dipersetujui oleh Puan Weir sendiri."

"Apa?!." Weir Thaddeus terkejut dengan tindakan isterinya itu. Bermakna isterinya masih tidak mempercayai dirinya lagi.

"Weir Thaddeus. You have the right to remain silent. Anything you say can be used against you in court. You have the right to talk to a lawyer for advice before we ask you any questions. You have the right to have a lawyer with you during questioning. If you cannot afford a lawyer, one will be appointed for you before any questioning if you wish. If you decide to answer questions now without a lawyer present, you have the right to stop answering at any time." Weir Thaddeus memaut gerigil besi lokap itu setelah Det. Kelvin mengungkapkan Miranda Rights itu terhadapnya.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now