CHAPTER 26 | BERTAHAN.

226 9 0
                                    

Cik Juliet senyum gembira sambil menyediakan sarapan pagi untuk lelaki itu. Dia tahu, lelaki itu tetap akan mencarinya, walaupun kelakuannya dingin namun dia akan tetap cuba untuk memujuk hati lelaki itu. Dia akan membuat segala-segalanya hanya untuk memusnahkan perkahwinan diantara Weir Thaddeus dan Shea Marrietta.

Dia bencikan wanita itu, kerana wanita itulah dia kehilangan perhatian daripada Weir Thaddeus.

Lelaki itu sedang bersiap-siap, dan dia mengambil peluang dengan memeluk belakang lelaki itu dengan erat.

"Jom sarapan." Ajak Cik Juliet dengan lembut.

"Mmm... Aku harus pergi ke pejabat dulu." Balas Weir Thaddeus.

"Err malam ini awak akan datang ke sini lagi, kan?."

"Mmm tengoklah." Dan, kemudian lelaki itu terus melangkah keluar dari kondominium itu. Cik Juliet gigit bibirnya dengan kelakuan dingin itu.

Terasa berbeza suasana di Weir's Penthouse ini berbanding di Nacho's Mansion. Dan, sudah semestinya dia lebih menyukai keadaan di kediaman Tuan Nacho yang bagaikan berada di Villa Jayce. Dia memandang ke sebelahnya, nampaknya lelaki itu tidak pulang selepas mereka berdua bertengkar. Mungkin dia bermalam di tempat Cik Juliet.

Inikah perkahwinan yang akan melindungi dan membahagiakan dirinya?

Inikah perkahwinan yang akan melindungi dan membahagiakan dirinya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mmm." Hatinya diselubungi rasa sunyi. Dia mengelamun seketika di balkoni luar bilik itu sebelum bersiap-siap untuk ke galeri pula. Dia senyum sambil memandang ke arah tasik dihadapannya. Diantara tasik yang indah ketika waktu malam.

 Diantara tasik yang indah ketika waktu malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat pagi, Puan Weir." Tegur seorang pembantu di kediaman lelaki itu.

Puan Weir? Mmm.

"Selamat pagi err..."

"Saya Kat, pembantu yang baru diupah oleh Tuan Weir."

"Oh. Hai, Kat.. Mmm saya pergi dulu. Kalau Tuan Weir pulang, beritahu saya ke galeri, ya."

"Baik, Puan Weir." Shea Marrietta tersenyum kepada pembantu itu.

Enjin Bentley Continental GT putih itu dihidupkan dan handbag warna brown diletakkan di kerusi disebelah. Lalu, cermin mata hitam itu dipakai dan dia mula memandu kereta menuju ke galeri.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now