Kisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...
Lelaki itu menatapnya dengan pandangan tajam dan penuh dengan amarah. Shea Marrietta telan air liur melihat riak wajah itu.
"Selamat bertemu semula, adik ipar." Ujar Rupert Charles dengan senyuman sinis.
Shea Marrietta mencuba untuk melepaskan ikatan pada kedua-dua tangannya namun tidak berjaya. Peluh di dahinya menitik ke pahanya. Abang iparnya itu berjalan menghampirinya dengan senyuman sinis membuatkan Shea Marrietta merasa ketakutan.
"Weir!." Bisiknya memanggil nama suaminya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Weir! Macam mana ni?! Ke mana Shea pergi?!." Soal Lila Arianna dengan nada risau.
Weir Thaddeus memegang kepalanya. Dia juga tidak tahu kemanakah isterinya itu pergi.
"Adakah isterinya pergi menemui lelaki itu lagi?.. Tak! Tak mungkin! She sayangkan aku..!." Dia berlawan dengan fikirannya sendiri.
Tanpa membuang masa, Tuan Nacho segera menghubungi orang-orang bawahannya untuk menyiasat keberadaan anak gadisnya itu.
"Marrietta.." Tuan Nacho melepaskan keluhan nafas yang berat.
"Ken..! Thor..!." Jerit Weir Thaddeus dengan lantang.
"Ya, Tuan!."
"Cari Puan sehingga ketemu!." Urat di wajahnya kelihatan tegang. Tidak mungkin isterinya hilang begitu sahaja tanpa sebarang jejak.
"Baik, Tuan!."
Tuan Nacho yang memerhatikan riak wajah hambar dan bimbang menantunya itu merasa turut bersedih.
"Weir?."
"....Ya, papa." Jawab Weir Thaddeus dengan nada persis orang yang tiada semangat.
"She? Love...?." Wajah isterinya itu terbayang-bayang di fikirannya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Please stay with me." Kata-kata isterinya itu terngiang-ngiang di telinganya. Dia tidak akan berputus asa untuk mencari isterinya kembali, biar dengan apa cara sekalipun.