CHAPTER 9 | LILA ARIANNA.

239 9 0
                                    

Akhirnya, ketiga-tiga anak kucing itu berjaya jua ditangkap dengan bantuan Ken dan Thor. Yang paling gembira semestinya adalah Ellie Violet.

"Terima kasih, Pak Cik Ken dan Pak Cik Thor kerana membantu Ellie!." Kepetahan Ellie Violet membuatkan Thor dan Ken tertawa gembira.

"Sama-sama.. Ellie kurung anak kucing ni elok-elok didalam sangkarnya, ya."

"Baik, Pak Cik Thor!." Ellie Violet meninggalkan mereka berdua yang kepenatan mengejar anak-anak kucing itu. Tidak lama kemudian, Ellie Violet kembali dengan membawa sebiji bola.

"Pak Cik Ken! Pak Cik Thor! Jom kita bermain bola sepak pula!."

"Hah?! Pak Cik penat!." Jawab Ken dan Thor serentak.

"Alaa." Weir Thaddeus yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi, tertawa tatkala melihat wajah sugul kanak-kanak perempuan itu.

"Jom, main dengan Pak Cik Weir." Ajak Weir Thaddeus membuatkan Shea Marrietta menoleh ke arahnya.

"Betul ke Pak Cik?! Yeay!." Jerit Ellie Violet dengan sangat gembira.

Shea Marrietta tersenyum melihat adiknya ketawa dengan gembira apabila bermain bola bersama-sama dengan Weir Thaddeus. Kedua-duanya tampak serasi. Lelaki itu juga pandai melayan kerenah adiknya itu. Kelakuan mereka berdua membahagiakan hatinya. Weir Thaddeus melirik ke arah Shea Marrietta yang sedang memandang ke arah mereka berdua. Nampaknya, gadis itu mulai tersenyum semula.

 Nampaknya, gadis itu mulai tersenyum semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pak Cik! Sambut bola ni!." Jerit Ellie Violet lalu melontarkan bola ke arah Weir Thaddeus, namun tidak dapat ditangkap oleh lelaki itu. Weir Thaddeus terjatuh, dan Shea Marrietta terus meluru ke arah lelaki itu.

"Tuan Weir! Tuan Weir okay?." Soal Shea Marrietta dengan risau sambil membantu mengangkat tubuh lelaki itu.

Weir Thaddeus tersenyum melihat reaksi gadis ini yang tampak risaukan dirinya. Nampaknya gadis ini mengambil berat akan dirinya.

"Mmm... Ellie lontar rendah je bola tu rasanya." Ellie Violet berkata dengan perlahan.

" Ellie Violet berkata dengan perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya okay. Yang tak okay, disini." Weir Thaddeus meletakkan tapak tangan Shea Marrietta didadanya. Dapat dirasakan degupan jantung lelaki itu yang sedang berdegup laju.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now