Dia tidak menyangka bahawa mereka akan bertemu lagi selepas kejadian tempoh hari. Dan tanpa disedari selama ini, lelaki itu juga adalah anak saudara kepada ayah angkatnya. Dia membuka pintu sliding untuk ke balkoni biliknya. Shea Marrietta mengamati suasana senja itu dalam keadaan berpeluk tubuh. Tanpa dia sedari, Weir Thaddeus sedang memerhatikan dirinya dari laman bawah.
Wajah itu kelihatan sugul dan kosong.
"Hidup Marrietta sangat menyedihkan. Setelah kematian ayahnya, dia kehilangan adik bongsunya pula." Dia teringatkan kata-kata Tuan Nacho itu. Dia melihat wanita itu sedang menyeka air matanya dan tiba-tiba pandangan mata mereka terpaut. Shea Marrietta hanya menjeling sahaja lelaki itu.
Tanpa menunggu lama, Shea Marrietta terus beredar dari balkoni itu. Dia ingin membersihkan dirinya sebelum turun ke bawah untuk menikmati makan malam bersama-sama Tuan Nacho dan lelaki itu.
Lelaki itu?
"Mmm."
"Kakaknya, Lila Arianna kemana?." Soal Weir Thaddeus. Setelah pertengkaran yang terjadi diantara mereka, dia sudah tidak mengambil tahu apa yang telah terjadi kepada Shea Marrietta.
"Setelah kakaknya berkahwin dengan Rupert Charles, kakaknya telah dikurung dan dijadikan sebagai hamba oleh suaminya sendiri. Kakaknya didera. Mereka juga sudah lama tidak bertemu, susah untuk menemui Lila Arianna lagi. Bermacam-macam cara telah dilakukan oleh Marrietta untuk bertemu dengan kakaknya, namun semuanya tidak berjaya. Mmm."
"Dan, ketika itulah Ellie Violet dilanggar lari oleh orang-orang upahan Rupert Charles. Sebagai amaran agar Marrietta tidak mencampuri urusan kakaknya lagi."
"Dan, Lila melarang Marrietta mendekatinya atau cuba menghubunginya lagi kerana bimbangkan keselamatan Marrietta. Dia tidak ingin kehilangan Marrietta pula."
"Mmm dia tidak pergi ke luar negara bersama kekasihnya?." Soal Weir Thaddeus. Soalan itu yang sering mengganggu fikirannya selama ini.
"Kekasih? Siapa?." Tuan Nacho ketawa.
"Setelah Tuan Jayce meninggal, Pak Cik yang menjaga dia dan Ellie. Dia tidak pernah ke luar negara, bahkan dia tidak pernah meninggalkan kediaman ini." Sambung Tuan Nacho lagi.
"Mmm dan, Pak Cik percayakan cerita dia itu?." Tuan Nacho tersenyum.
"Weir, setiap kejadian yang berlaku didalam hidup Marrietta, Pak Cik adalah saksinya." Tuan Nacho memandang wajah anak saudaranya itu.
"Weir, jika terjadi sesuatu kepada Pak Cik, tolong jaga Marrietta baik-baik, ya." Pesan Tuan Nacho.
Weir Thaddeus tersenyum lalu anggukkan kepalanya. Jadi, selama ini wanita itu menipunya dengan membuat helah kepada Martin Jones? Dan membuatkan mereka berdua terpisah selama 5 tahun disebabkan oleh salah faham itu?
"Mmm."
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...