Dia melangkah turun ke tingkat bawah untuk mencari lelaki itu, namun lelaki itu telah pun pergi.
"Mmm."
"Kenapa, Marrietta?." Soal Tuan Nacho yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.
"Papa..."
"Marrietta sedang mencari Weir ke?." Duga Tuan Nacho namun ianya tepat.
Shea Marrietta senyum.
"Weir berangkat awal pagi, dan sempat membelikan jambangan bunga ros putih itu untuk Marrietta." Ujar Tuan Nacho dengan gembira.
"Marrietta masih diganggu dengan mimpi ngeri itu ke?."
"Mmm..." Shea Marrietta angguk kepala.
"Nasib baik Weir sedang melalui bilik dan terdengar suara jeritan Marrietta... Dia terus masuk kedalam dan menenangkan keadaan sehinggalah Marrietta tertidur didalam pelukannya."
Shea Marrietta tersenyum malu.
"Marrietta ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Weir. Tapi nampaknya dia sudah pergi."
Tuan Nacho tertawa.
"Petang nanti dia akan pulang ke sini semula."
"Err Tuan Weir akan tinggal terus disini ke, papa?." Tuan Nacho senyum. Dia tahu anak saudaranya itu tinggal disini hanya demi anak angkatnya ini, demi untuk memulihkan hubungan diantara mereka berdua.
"Ini bakal menjadi rumahnya juga, Marrietta." Balas Tuan Nacho tersenyum.
"Papa... Papa yakin ke yang kami akan bahagia? Marrietta tak yakin. Lagi pula, Tuan Weir juga seorang yang sukakan kekerasan, jadi apa bezanya dengan Tuan Xavier? Marrietta mampu menjaga diri sendiri. Papa janganlah risau, ya." Shea Marrietta masih memujuk Tuan Nacho agar membatalkan perkahwinan diantara mereka berdua.
Tuan Nacho merenung ke laman Nacho's Mansion itu.
"Papa tak mampu untuk terus ada bersama dengan Marrietta... Jika kamu berdua berkahwin, papa akan merasa sangat lega... Papa tahu kamu tak biasa dengan circle mafia yang penuh dengan kekerasan, tetapi inilah peranan kamu didalam hidup Weir, untuk melembutkan hati dia... Papa tak ingin dia terus menjadi seorang mafia persis ayahnya. Papa mahu dia hidup bahagia dan mempunyai hala tujuan hidup yang pasti... Bersama kamu, Marrietta." Tuan Nacho menatap mata anak angkatnya itu.
Shea Marrietta diam.
"Ellie juga akan bahagia, ini adalah impiannya, bukan? Melihat Kak Shea dan Pak Cik bersama kembali." Tuan Nacho juga mencuba untuk bermain dengan emosinya. Ya, itu salah satu daripada impian adik bongsunya itu.
"Papa yakin Tuan Weir akan berubah?." Terimbas kembali tompokkan darah pada hujung lengan kemeja lelaki itu, biarpun lelaki itu mengatakan bahawa mereka telah terlibat dengan kemalangan namun, dia tidak dapat menjauhi prasangka buruk itu apatah lagi dia juga pernah menyaksikan kekejaman lelaki itu pada 5 tahun yang lalu.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomansaKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...