Setelah berhempas pulas selama 5 tahun ini, akhirnya dia mampu tersenyum dengan bangga sambil meneliti sekeliling galeri lukisan itu.
Ellie's Art Gallery.
Nama diberi sempena nama adik bongsunya.
"Ayah... Ibu.... Dan Ellie. Galeri ini adalah untuk kita bersama. Kakak..."
Sejak kejadian itu, dia sudah tidak dapat berhubung dengan kakaknya itu sehinggalah 5 tahun telah berlalu.
Lukisan pemandangan sebuah tasik itu digantungkan ke dinding di suatu sudut didalam galeri itu. Tasik yang mempunyai kenangan bersama dengan lelaki itu. Dia abadikan pemandangan indah di tasik itu didalam bentuk lukisan.
Dia senyum.
Disebabkan bakat melukis yang diwarisi dari ibunya, lukisannya sentiasa mendapat permintaan dan dia mampu untuk melunaskan sebahagian daripada hutang-hutangnya kepada Tuan Thaddeus, hanya tinggal sebahagian kecil lagi untuk diselesaikan. Dan dia juga akan menebus semula villa serta galeri lukisan milik keluarganya.
Setelah mengemaskan barang-barangnya, dia pun pulang ke Nacho's Mansion.
"Marrietta." Panggil seorang lelaki tua berkerusi roda.
"Selamat petang, papa." Shea Marrietta memeluk lelaki tua itu. Tuan Nacho, ayah angkatnya. Dengan lelaki inilah dia menumpang kasih sayang setelah kematian Tuan Jayce. Walaupun dia hanyalah anak angkat, dia dilayan persis anak kandung dan bagai seorang puteri di Nacho's Mansion ini.
"Sibuk di galeri?."
"Iya, papa. Ada lukisan yang perlu disiapkan secepat yang mungkin."
"Bagus.. Marrietta pergi bersihkan diri dan setelah itu turun, kita makan malam bersama-sama, ya."
"Baik, papa." Mereka berbalas senyuman seketika sebelum Shea Marrietta naik ke biliknya.
Sementara itu, di Weir's Penthouse, kelihatannya lelaki itu sedang berenang. Dan ketika itu, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomansaKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...