CHAPTER 2 | GALERI LUKISAN TELAH BERUBAH HAK MILIK.

564 12 0
                                    

Bungkusan plastik itu diletakkan diatas meja belajarnya, lalu dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil untuk melepaskan lelah.

"Lebih mudah jika kau meminta bantuan atau pun merayu kepada Tuan Thaddeus agar jumlah pinjaman itu dikurangkan." Kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang di telinganya. Kedengaran agak menjengkelkan.

Tak mungkin. Mereka masih mempunyai harga diri. Sekurang-kurangnya, hanya itu yang masih tersisa buat masa ini.

"Mmm..."

Manakala, di Weir's Penthouse pula.

"Tuan Weir, apa yang perlu dilakukan dengan kelengkapan melukis ini?." Soal Thor mengangkat bungkusan plastik itu.

Weir Thaddeus senyum. Dia juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan kepada barang-barang yang dibeli itu, dia hanya ingin meluangkan masa bersama gadis itu sahaja.

"Letak didalam stor." Arahnya.

"Baik, Tuan Weir." Jawab Thor lalu pergi ke arah stor yang terletak di belakang kediaman itu.

"Untuk mendapatkan wang demi melunaskan segala hutang-hutang ayah saya. Dan, untuk menebus semula galeri lukisan itu." Kata-kata gadis itu terngiang-ngiang di telinganya.

"Ken."

"Ya, Tuan Weir."

"Arahkan Robert untuk menguruskan hal berkaitan dengan pembelian galeri lukisan milik Tuan Jayce."

"Tuan Weir ingin membeli galeri itu?."

"Ya. Aku akan membelinya." Dia menginginkan supaya keluarga Tuan Jayce itu terus berhutang dengannya supaya dia dapat sentiasa bertemu dengan gadis itu.

"Baik, Tuan Weir." Jawab Ken.

Lukisan itu diamati dengan teliti. Dia beruntung mewarisi bakat melukis daripada ibunya. Dia hanya berharap agar usaha ini berjalan dengan lancar, biarpun tidurnya tidak mencukupi demi menyiapkan lukisan-lukisan yang akan dijual ini.

 Dia hanya berharap agar usaha ini berjalan dengan lancar, biarpun tidurnya tidak mencukupi demi menyiapkan lukisan-lukisan yang akan dijual ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Marrietta!." Panggil Martin Jones. Gadis itu tersenyum ke arahnya. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka berdua dengan pandangan penuh cemburu.

"Hai Martin!." Shea Marrietta menegur teman sekelasnya.

"Hai Marrietta. Bagaimana? Adakah lukisan itu sudah siap?."

"Iya. Dan, saya akan menjualnya secepat yang mungkin supaya saya dapat membayar sedikit demi sedikit hutang itu."

"Baguslah. Saya juga boleh membantu awak untuk menjual semua lukisan itu."

"Betul?!." Soal Shea Marrietta dengan gembira. Martin Jones angguk kepala sambil tersenyum.

"Terima kasih, Martin. Petang ini awak datang ke rumah saya. Saya ingin membawa lukisan-lukisan itu untuk diletakkan di galeri."

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now