Kisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...
Tuan Nacho telah datang ke Weir's untuk melawat Shea Marrietta. Luluh hatinya saat dikhabarkan bahawa anak angkatnya itu mengalami keguguran, namun dia juga merasa bahagia tatkala melihat hubungan Shea Marrietta dan Weir Thaddeus yang semakin pulih. Didalam kesedihan, terselit juga kebahagiaan.
Kebetulan, waktu itu Lila Arianna juga datang untuk melawat adiknya. Dan, itulah kali pertama Lila Arianna bertemu dengan Tuan Nacho.
"Papa.. kenalkan, ini kakak Marrietta, namanya Lila Arianna. Kakak, inilah Tuan Nacho yang telah menjaga Shea dan Ellie." Beritahu Shea Marrietta tersenyum.
"Selamat berkenalan, Tuan Nacho... Terima kasih kerana telah menjaga adik-adik saya dengan amat baik sekali. Saya tidak dapat membalas kebaikkan yang telah Tuan Nacho lakukan kepada kedua-dua adik saya." Lila Arianna tersenyum.
Tuan Nacho tersenyum.
"Selamat berkenalan, Lila Arianna. Cantik nama tu, secantik orangnya... Tidak perlu bertuan, Lila. Panggil saja papa... Mmm nampaknya papa sudah mempunyai 2 orang anak gadis yang cantik-cantik." Ujar Tuan Nacho dengan bangga.
Lila Arianna dan Shea Marrietta juga tersenyum manis saat mendengarkan kata-kata Tuan Nacho itu. Mereka berdua juga bahagia kerana dapat merasai lagi kasih sayang seorang ayah.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tuan Nacho amat gembira, bertambah seorang lagi anaknya. Weir'sPenthouse dipenuhi dengan gelak tawa mereka berempat. Weir Thaddeus memerhatikan wajah gembira isterinya itu, wajah itu kelihatan sangat cantik dan indah ketika ketawa, tak jemu matanya memandang keindahan itu.
"Weir." Panggil Tuan Nacho.
"Ya?."
"Mmm Papa berharap wanita itu tidak akan mengganggu Marrietta lagi." Wajah Tuan Nacho serius ketika itu. Dia tidak ingin wanita itu mengganggu kehidupan anak dan menantunya lagi. Jika dia perlu campur tangan ke dalam urusan ini, dia akan lakukan demi kebahagiaan mereka berdua.
Shea Marrietta dan Lila Arianna hanya menjadi pendengar yang setia. Shea Marrietta tidak ingin memendam semuanya seorang diri lagi. Dia juga tidak ingin Cik Juliet terus menghantui dirinya dan juga suaminya itu lagi. Dia ingin hidup bahagia bersama suaminya itu.
"Jangan risau, papa. Weir tidak akan sesekali membiarkan dia mengganggu hidup kami lagi terutamanya She. Weir akan jaga She dengan sebaiknya." Weir Thaddeus menggengam erat jari-jemari isterinya itu.
Tuan Nacho angguk kepala.
"Papa berikan sepenuh kepercayaan papa kepada kamu, Weir."
Weir Thaddeus angguk kepala.
"Baguslah, Weir. Lagi pula, dia juga sedang mempunyai masalah dengan isteri kepada skandalnya yang baru." Ujar Lila Arianna membuatkan mereka bertiga terkejut.