CHAPTER 23 | RANCANGAN UNTUK MEMISAHKAN.

498 14 0
                                        

Martin Jones masih tidak berputus asa untuk pergi menemui wanita itu. Dia tidak mempercayai bahawa Shea Marrietta akan mengahwini lelaki mafia itu, daripada pandangan mata wanita itu jelas menunjukkan itu hanyalah sebuah helah sahaja. Biarpun dia juga merasa terkilan dengan perbuatan wanita itu, namun dia tidak dapat melupakan perasaannya terhadap Shea Marrietta.

Dan, wanita itu juga sepertinya ketakutan apabila bersama dengan lelaki mafia itu. Dia melangkah masuk ke dalam galeri mencari-cari kelibat Shea Marrietta.

"Ya, Tuan. Boleh saya bantu?." Soal Rosella.

"Mmm Cik Marrietta ada?."

"Err ada. Cik Marrietta sedang sibuk melukis."

"Boleh saya bertemu dengannya sebentar?."

"Sebentar, ya."

"Baik."

Rosella melangkah pergi ke arah ruang melukis, kelihatannya Shea Marrietta sedang fokus melukis.

"Cik Marrietta?."

"Ya?." Shea Marrietta menoleh ke arah pembantunya itu.

"Cik... Cik Marrietta, lelaki semalam datang lagi hari ini!."

Lelaki? Tuan Weir? Atau Martin Jones?

"Lelaki yang mana satu?."

"Yang sudah beristeri itu!." Jawab Rosella.

"Tuan Martin. Mmm.."

"Dia sedang menunggu di luar. Cik ingin saya halau dia pergi atau pun saya perlu memanggil security?."

"Mmm." Jika dia bertemu dengan lelaki itu, dia bakal mempunyai masalah dengan isterinya. Tetapi, jika dia tidak bertemu dengannya, dia bimbang jika lelaki itu akan tetap mengganggunya.

"Saya akan bertemu dengan dia." Dia ingin menyelesaikannya diantara dia dan juga Martin Jones.

"Cik Marrietta yakin?."

"Iya."

"Baiklah."

Mereka berdua melangkah keluar dari ruang melukis itu untuk menemui Martin Jones.

"Marrietta?." Lelaki itu senyum.

Dia cuba membalas senyuman lelaki itu walaupun agak canggung.

Dia cuba membalas senyuman lelaki itu walaupun agak canggung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Marrietta." Lelaki itu menghampirinya namun Shea Marrietta berganjak ke belakang.

"Tuan Martin, selamat bertemu semula. Silakan duduk."

Mereka saling berbalas pandangan.

"Mmm betulkah awak akan berkahwin dengan lelaki mafia itu? Tak, kan? Itu cuma satu helah untuk menjauhkan diri awak daripada Christina, kan?."

Shea Marrietta menoleh ke arah Martin Jones.

"Ehem... Mmm Tuan Martin, dengan siapa pun saya berkahwin kelak, itu bukan urusan Tuan. Saya tidak mahu mempunyai sebarang masalah lagi dengan sesiapa termasuklah Tuan Xavier dan Puan Martin. Jadi, tolong jangan mengganggu saya lagi." Dengan lembut Shea Marrietta menjelaskannya.

SWEET POISON | COMPLETEStories to obsess over. Discover now