CHAPTER 1 | SHEA MARRIETTA.

1K 17 0
                                    

Di Negara Poland, terdapat sebuah keluarga Tuan Jayce. Dia mempunyai 3 orang anak gadis dan telah kematian isterinya. Anak pertama bernama Lila Arianna Jayce. Anak kedua bernama Shea Marrietta Jayce. Dan, anak yang bongsu bernama Ellie Violet Jayce.

Anak pertamanya sudah bekerja sebagai akauntan di perusahaan perabot miliknya, manakala dua lagi anaknya masih belajar. Biarpun tanpa kasih sayang seorang ibu, mereka tetap hidup bahagia di Villa Jayce itu. Sehinggalah pada suatu hari, Lila Arianna memberitahu bahawa akaun milik perusahaan mereka hampir kosong disebabkan membayar hutang dan juga menampung kerugian yang telah terjadi. Pihak bank juga hampir setiap hari menelefon mendesak untuk pembayaran loan yang telah dibuat. Jika keadaan ini berterusan, Perusahaan Jayce akan diisytiharkan bankrupt.

Tuan Jayce duduk bersandar dikepala kerusi itu lalu melepaskan keluhan nafas yang amat berat. Dek kerana sebelum ini dia telah ditipu oleh seorang supplier, menyebabkan dia mengalami kerugian dan terpaksa berhutang dengan seorang ketua mafia, Tuan Thaddeus untuk menampung semula kerugian tersebut.

"Ayah, kita perlu buat sesuatu, jika tidak, perusahaan kita akan mengalami kerugian dan bakal diisytiharkan bankrupt." Desak Lila Arianna dengan nada risau.

"Nanti ayah akan fikirkan bagaimana caranya, ya Lila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nanti ayah akan fikirkan bagaimana caranya, ya Lila. Lila jangan risau. Semuanya akan baik-baik." Pujuk Tuan Jayce tersenyum. Lila Arianna angguk kepala dan beredar dari bilik pejabat itu untuk memberikan masa kepada ayahnya bertenang.

Sementara itu, di Weir's Penthouse, kelihatan seorang lelaki sedang bersiap-siap mengenakan jaket bewarna hitam. Ada tattoo gambar burung helang yang dilukis di belakang tubuhnya. Dia adalah Weir Thaddeus, anak kepada ketua mafia iaitu Tuan Thaddeus. Tugasnya adalah sebagai pembantu kepada Tuan Thaddeus didalam urusan memberikan pinjaman kepada mereka yang memerlukan dan juga, sebagai pemberi hukuman melalui caranya sendiri jika peminjam gagal melunaskan pinjaman tersebut.

"Tuan Weir, kita ada masalah di gudang.. Ada seorang peminjam yang ingin melarikan diri daripada membayar hutangnya." Beritahu Ken.

"Dan, bekalan senjata api juga baru tiba di gudang." Beritahu Thor pula.

Weir Thaddeus angguk kepala.

"Ke gudang." Arah Weir Thaddeus kepada kedua-dua pembantunya, Ken dan Thor. Dia perlu menyelesaikan 2 perkara di gudang tersebut sebelum bergerak pergi ke Perusahaan Thaddeus.

"Baik, Tuan Weir." Mereka bertiga melangkah pergi ke arah kereta Roll Royce Phantom hitam yang sedang menunggu di hadapan kediaman itu.

Sementara itu, Shea Marrietta sedang berdiri di tepi jalan sambil memegang sebuah kotak untuk mengutip derma demi menyelamatkan sebuah galeri lukisan milik keluarganya. Secara senyap-senyap, dia mengambil notis lelongan galeri lukisan itu tanpa memberikannya kepada Tuan Jayce. Galeri lukisan itu merupakan galeri kesayangan milik ibunya, Margaret Diane. Dan, jika Tuan Jayce mengetahui tentang hal ini, pasti akan membuatkan ayahnya itu lebih sedih.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now