CHAPTER 31 | MULA BERPRASANGKA.

224 9 0
                                    

Selepas menikmati makan malam di restaurant itu, mereka berdua pulang ke Nacho's Mansion untuk melawat Tuan Nacho.

Tuan Nacho sangat gembira tatkala melihat mereka berdua melangkah masuk kedalam kediaman itu sambil berpegangan tangan.

"Papa." Shea Marrietta memeluk ayah angkatnya itu dengan erat.

"Marrietta... Papa rindu anak papa ni." Tuan Nacho membalas pelukan Shea Marrietta sambil diperhatikan oleh Weir Thaddeus yang tersenyum itu.

"Marrietta juga rindukan papa." Mereka berdua berbalas senyuman seketika sebelum Tuan Nacho menoleh ke arah Weir Thaddeus.

"Weir.."

"Papa." Weir Thaddeus memeluk erat bapa saudaranya yang juga ayah angkat kepada isterinya itu.

" Weir Thaddeus memeluk erat bapa saudaranya yang juga ayah angkat kepada isterinya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kalau kamu berdua romantis begini selalu, cepatlah papa dapat mendukung cucu rasanya." Tuan Nacho berseloroh menyebabkan Shea Marrietta bungkam, malu apabila diusik sebegitu. Ada senyum nakal dihujung bibir suaminya. Dia tidak mampu untuk memandang ke arah suaminya yang sedang menatapnya dengan senyuman nakal.

Mempunyai anak bersama dengan isterinya itu? Dia tersenyum. Jika sebelum ini dia belum bersedia untuk menjadi seorang ayah namun kini, dia sangat bersedia terutamanya jika memiliki anak bersama dengan Shea Marrietta.

"Marrietta bahagia?." Soal Tuan Nacho ketika tinggal hanya mereka berdua di ruang tamu di Nacho's Mansion itu. Weir Thaddeus sedang menjawab panggilan di laman luar.

Shea Marrietta tersenyum.

"Marrietta bahagia, papa.. Weir melayani Marrietta dengan baik." Jawab Shea Marrietta dengan senyuman gembira.

Dia cuba memberikan peluang kepada suaminya, dan didalam masa yang sama, dia juga sedang memberikan kesempatan kepada dirinya untuk menyembuhkan luka yang terpendam itu.

Dia ingin mereka berdua sama-sama sembuh dari luka yang masih terpendam itu.

Dia ingin mereka berdua sama-sama sembuh dari luka yang masih terpendam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jawapan itu membuatkan Tuan Nacho tersenyum lebar.

"Papa tumpang bahagia dengan kamu berdua. Baguslah. Andai kata papa menutup mata, papa akan menutup mata dengan perasaan yang sangat bahagia, Marrietta." Ujar Tuan Nacho sambil menatap wajah anaknya itu.

SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now