Pintu bilik wad itu dibuka, dan muncullah Weir Thaddeus sambil memegang jambangan bunga ros putih, sedang tersenyum ke arah Shea Marrietta dan Lila Arianna.
"Oh, romantisnya Weir! Mmm kakak cemburu!." Seloroh Lila Arianna membuatkan Shea Marrietta tertawa.
"Kalau kakak ingin jambangan bunga ros seperti ini, kakak perlu mencari seorang teman hidup."
"Mmm kalau begitu, kakak boleh beli sendiri!." Balas Lila Arianna tertawa. Dia masih trauma apabila berbahas tentang teman hidup. Dahulu, Rupert Charles juga seorang yang romantis, selalu memberikan jambangan bunga ros dan bersikap lembut terhadapnya, namun segalanya berubah setelah mereka berkahwin, dan itu membuatkan dirinya menjadi trauma untuk berkahwin malah untuk mencari cinta yang lain. Buat masa sekarang ini, dia hanya ingin hidup sederhana bersama adiknya biarpun tanpa seorang teman hidup.
Shea Marrietta menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia faham apa yang dirasakan oleh kakaknya itu.
"Take your time. Jangan terburu-buru, ya kakak." Balas Shea Marrietta tersenyum.
"Baik." Lila Arianna menjawab.
"Shall we, ladies?." Ajak Weir Thaddeus.
"Sure!." Jawab mereka berdua dengan serentak.
Sementara itu di kediaman rehat pula, kelihatannya mereka juga sibuk menyiapkan pelbagai menu untuk menyambut kepulangan Shea Marrietta.
"Nicole..." Panggil Tuan Nacho.
"Ya, Tuan."
"Semuanya sudah siap?."
"Sudah, Tuan." Balas Nicole sambil tersenyum.
"Good. Sekarang kita hanya perlu menunggu ketibaan mereka bertiga saja."
"Ya, Tuan. Err Tuan Nacho perlukan apa-apa lagi?."
"Tidak, Nicole. Kamu boleh pergi."
"Baik, Tuan." Nicole beredar meninggalkan Tuan Nacho seorang diri di hadapan laman kediaman rehat tersebut. Dan tiba-tiba sahaja Doktor Miguel datang menghampiri.
"Bila kamu akan kembali ke Warsaw, Miguel?."
"Mmm kemungkinan esok pagi, Tuan Nacho."
"Mmm baiklah. Terima kasih diatas kesudian kamu berkunjung dan melawat kami disini, Miguel."
Lelaki itu tersenyum.
"Sebagai seorang sahabat, saya pasti akan datang berkunjung dan melawat, Tuan Nacho. Dan, saya gembira apabila Marrietta telah selamat."
"Saya juga begitu, Miguel. Mereka berdua adalah harta saya yang paling bernilai. Tanpa mereka, jiwa saya akan mati."
"Tuan Nacho sangat bertuah kerana memiliki mereka berdua, bukan? Termasuklah Tuan Weir."
"Sangat bertuah, Miguel. Setelah kehilangan isteri dan anak saya didalam kemalangan beberapa tahun yang lepas, saya amat bertuah dikurniakan anak-anak gadis seperti Marrietta dan Lila, serta Weir. Mereka pelengkap hidup saya, Miguel."
Doktor Miguel tersenyum.
"Dan, saya juga ingin kamu menjadi sebahagian daripadanya, Miguel." Tuan Nacho menoleh dan memandang ke arah lelaki itu. Mereka berbalas suatu pandangan yang hanya mereka sahaja yang mengetahuinya.
Kelihatannya Rolls Royce Phantom hitam itu telah berhenti di hadapan kediaman rehat tersebut.
"Puan Weir sudah sampai!." Jerit Nicole dengan gembira lalu menghampiri kereta tersebut. Ken membukakan pintu kereta tempat duduk belakang dan Weir Thaddeus melangkah turun sambil memegang jari-jemari isterinya dan diikuti oleh Lila Arianna.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...