Kisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...
Ketika mereka saling berpandangan, tiba-tiba telefon bimbit milik Shea Marrietta berbunyi. Ada panggilan masuk. Dia tersenyum tatkala melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu.
"Hello, Miguel."
"Hello, Marrietta.. Awak sudah mendengar berita tentang Rupert Charles?."
"Ya. Kami baru saja mendengarnya."
"Mmm mayatnya dihantar ke sini untuk dibedahsiasat. Err jika Puan Lila ingin melihatnya, awak boleh bawa Puan Lila ke sini." Beritahu Doktor Miguel membuatkan Shea Marrietta menoleh ke arah Lila Arianna yang sedang termenung jauh itu.
"Mmm baiklah. Saya akan tanyakan terlebih dahulu kepada kakak. Dan saya akan hubungi awak semula."
"Baik, Marrietta."
"Kakak?." Shea Marrietta memanggil kakaknya itu.
"Ya?." Lila Arianna menyahut panggilan adiknya itu.
"Mayat Rupert dihantar ke hospital di tempat Miguel. Err Miguel tanya, kakak ingin melihat Rupert?." Soalan itu membuatkan Lila Arianna menoleh ke arah Shea Marrietta.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Mmm kakak tak pasti, Shea. Kakak tak pasti samaada kakak ingin melihatnya atau pun tidak. Cuma kakak tidak menyangka pengakhiran hidup Rupert sebegini." Ada nada sayu.
"Kakak... Segala mimpi ngeri kakak telah berakhir. Jika kakak tidak ingin melihatnya, usah dipaksa. Ya?."
Lila Arianna memandang wajah adiknya itu.
"Tidak! Kakak ingin melihatnya untuk kali terakhir.. dan seterusnya, kakak akan melupuskan segala kenangan kami bersama."
"Kakak yakin?."
"Ya. Kakak yakin!."
"Baiklah. Setelah Ken dan Thor kembali, kita akan terus pergi ke hospital." Lila Arianna angguk kepala dan tersenyum.
...
Dokumen tentang penyerahan harta yang dipegangnya dibaca dengan teliti. Dia tidak menyangka bahawa suaminya sedang merancang untuk merampas semua harta milik ayahnya. Jika dia tidak masuk ke dalam bilik pejabat milik suaminya ini, pasti dia tidak mengetahui tentang rancangan jahat suaminya itu.
"Martin!."
Mereka berempat melangkah menuju ke arah bilik bedah untuk menemui Doktor Miguel. Lelaki itu tersenyum ke arah mereka berempat.
"Mayatnya masih lengkap dengan berpakaian. Setelah Puan Lila melihatnya, barulah pihak kami akan memulakan bedahsiasat ke atas mayat tersebut." Ujar Doktor Miguel sambil memerhatikan Lila Arianna yang kelihatan sugul itu.
"Terima kasih kerana memberikan peluang ini, Miguel." Ucap Lila Arianna.
"Sama-sama. Mmm silakan masuk." Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bilik bedahsiasat itu bersama-sama. Kelihatannya mayat Rupert Charles yang masih lengkap berpakaian berbaring kaku. Dengan perlahan-lahan Lila Arianna menghampirinya sambil diperhatikan oleh Shea Marrietta dan Doktor Miguel.