Mereka berbalas pandangan. Shea Marrietta tidak menyangka bahawa lelaki itu juga adalah dalang disebalik penculikan ini.
"How could you do this to me, Martin?!." Soal Shea Marrietta sedikit menjerit. Dia tidak menyangka bahawa teman kolejnya itu sanggup menjadi dalang disebalik penculikan dirinya dan bersekongkol dengan Cik Juliet dan Rupert Charles.
Dia menatap wajah lelaki itu, namun Martin Jones hanya tersenyum sinis. Dia sakit hati terutamanya ketika dia mengetahui tentang rancangan Shea Marrietta dan Puan Penelope pada 5 tahun yang lalu, sehingga memaksa dia mengahwini anak Tuan Xavier.
"Kau yang memaksa aku jadi begini, Marrietta! Jika kau menolak rancangan mama aku pada 5 tahun yang lalu, semua ini tidak akan terjadi dan aku tidak akan mengahwini Christina Xavier..! Ini semua berpunca daripada kau sendiri!." Jawab Martin Jones.
Shea Marrietta diam.
"Jika tidak, aku pasti akan mengahwini kau.. Tapi, kau tetap menunggu lelaki mafia yang bodoh itu!."
"Martin!." Jerit Shea Marrietta.
"Kau marah aku panggil suami kesayangan kau tu lelaki mafia bodoh?! Huh! Dan kemarahan aku membuak-buak apabila kau mengahwini dia! Kenapa bukan aku?! Aku ada disamping kau ketika kau dan keluarga kau susah, tapi kenapa dia juga yang kau pilih?! Kenapa?!."
Shea Marrietta menatap wajah lelaki dihadapannya itu.
"Sebab aku cintakan dia, bukannya kau!."
"Arghh! Disebabkan kau, aku kehilangan Weir dan segala-galanya!." Cik Juliet bertindak menarik rambut Shea Marrietta.
"Arghhh..!." Shea Marrietta menjerit kesakitan.
"Juliet! Cukup! Aku tak ingin dia mati. Permainan ini masih belum berakhir lagi." Ujar Martin Jones menghentikan perbuatan Cik Juliet.
"DIA PATUT MATI SAJA!." Jerit Cik Juliet.
"Belum waktunya lagi." Balas Martin Jones sambil memerhatikan Shea Marrietta.
"Huh! Kau bernasib baik, Marrietta! Jika keputusan ditangan aku, dah lama aku bunuh kau!."
"Bunuh saja aku supaya segala dendam kau berakhir.. dan semua orang bahagia!." Balas Shea Marrietta. Dia sudah tidak tahan lagi untuk menanggung segalanya.
"BAIK!." Cik Juliet mula mengangkat tangannya untuk memukul Shea Marrietta.
"JULIET!." Jerkah Martin Jones dengan ketidaksabaran Cik Juliet itu, membuatkan Cik Marrietta menghentikan perbuatannya.
Mereka berbalas pandangan sambil diperhatikan oleh Rupert Charles yang sedang duduk itu.
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...