Lila Arianna terduduk saat membaca surat perjanjian pinjaman yang telah dibuat oleh suaminya.
"You tak boleh buat ayah macam ini, Rupert!." Jerit Lila Arianna setelah mengetahui tentang pinjaman yang dibuat oleh Rupert Charles dengan menggunakan nama perusahaan milik ayahnya. Dan, yang lebih membuatnya marah adalah, suaminya sendiri menjadikan Villa Jayce dan segala harta benda keluarganya sebagai cagarannya jika dia tidak mampu membayar hutang kepada Tuan Carlos.
"You're too much, Rupert!." Namun suaminya tidak mengendahkan jeritannya. Lila Arianna terduduk menangisi keadaan diri dan keluarganya kini.
"ARGHH!." Dia meraung mengenangkan keadaan diri dan keluarganya. Ayahnya baru sahaja merasa lega apabila hutang-hutang pinjaman Tuan Carlos dapat diselesaikan dengan bantuan Tuan Weir Thaddeus. Dan kini, suaminya pula yang membuat pinjaman kepada Tuan Carlos kerana perusahaan milik suaminya mengalami kerugian akibat tabiat suaminya yang semakin hari semakin ketagih berjudi.
Dia sangat bimbangkan keselamatan ayah dan kedua-dua adiknya itu. Bagaimana jika kali ini Tuan Carlos berjaya menculik Shea Marrietta atau Ellie Violet? Dan, bagaimana pula jika dia tidak akan dapat bertemu lagi dengan mereka semua? Dadanya bagaikan dihimpit batu yang sangat besar. Terasa amat berat perasannya yang terpaksa ditanggungnya saat ini.
"Ayah.." Lila Arianna menangis. Kali ini, air mata ini mengalir dengan sangat laju. Dia juga sudah lama tidak dapat pulang ke Villa Jayce kerana suaminya menghalang. Dia memekup wajahnya. Dia merindukan keluarganya, terutama Ellie Violet, si kecil yang petah berbicara itu.
Air matanya jatuh.
Seusai kelasnya tamat, Shea Marrietta dengan pantasnya mengemas barang-barangnya dan dimasukkan kedalam bag galasnya. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan kakaknya, Lila Arianna. Sudah lama kakaknya tidak pulang ke Villa Jayce. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon kakaknya. Tiada yang menjawab. Dia mencuba lagi namun masih tidak berjawab.
"Mungkin Kak Lila sibuk menguruskan rumah tangganya?." Dia tersenyum. Cuba untuk memujuk hatinya.
Lila Arianna hanya memandang skrin telefon bimbitnya itu berbunyi. Dia juga merindui adiknya itu.
"Shea, kakak rindu." Namun dia takut, dia malu untuk memberitahu tentang hal sebenar kepada keluarganya. Dia bimbang jika keluarganya akan marah kepadanya.
"Maafkan kakak, Shea." Dia cuma berharap agar suaminya mampu membayar semula semua pinjaman yang telah dibuat. Dia tidak ingin ayah dan adik-adiknya menanggung kesusahan disebabkan oleh suaminya sendiri.
"Marrietta." Panggil Martin Jones yang tiba-tiba muncul di balik pintu kelas itu.
Shea Marrietta senyum.
"Hai, Martin." Tangannya masih mengemaskan barang-barangnya.
"Awak sibuk tak hari ini?."
"Mmm saya perlu pergi ke galeri."
YOU ARE READING
SWEET POISON | COMPLETE
RomanceKisah tentang seorang ketua mafia, Weir Thaddeus yang bertemu dengan seorang gadis yang masih belajar. Demi untuk menyelamatkan galeri lukisan milik keluarganya, Shea Marrietta terpaksa meminta derma dan di galeri lukisan itulah pertemuan pertama me...